Author Topic: KEJAYAAN TOKOH OKU MEMBANGGAKAN  (Read 17213 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

Offline mutiara

  • Hero Member
  • *****
  • Posts: 527
    • View Profile
    • PDK MUTIARA WP LABUAN
KEJAYAAN TOKOH OKU MEMBANGGAKAN
« on: June 15, 2011, 08:06:04 PM »



HULU TERENGGANU 18 April - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kagum dengan beberapa tokoh orang kurang upaya (OKU) termasuk Profesor Dr. Ismail Salleh yang walaupun cacat penglihatan tetapi merupakan salah seorang pakar ekonomi terkemuka negara ini.

Perdana Menteri berkata, Ismail membuktikan kecacatan tidak menghalangnya menjadi seorang pakar ekonomi dan kerajaan sendiri sentiasa merujuk kepadanya terutama dalam perkara berkaitan pembangunan ekonomi bumiputera dan agenda bangsa Melayu.

"Dr. Ismail adalah seorang yang berpengetahuan tinggi. Walaupun buta, beliau telah membuktikan yang kejayaan ada di mana-mana asalkan seseorang itu berusaha dengan gigih.

"Beliau tidak boleh melihat tetapi mata hatinya lebih tajam dari kita. Beliau boleh memahami satu-satu masalah dan cara mengatasinya lebih daripada kita. Inilah kelebihan yang ada pada Dr. Ismail,'' katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap melancarkan Program Semai Bakti Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) peringkat nasional di Felda Jerangau Barat, di sini hari ini.

Dalam ucapannya itu, Abdullah turut menamakan Allahyarham Datuk Dr. Zulkifli Mohamad, Dr. Chandra Muzaffar dan seorang pelajar, Alice Chan sebagai orang kurang upaya yang berjaya.

"Walaupun Allahyarham Datuk Dr. Zulkifli tiada berkaki tetapi dengan semangat jitu yang ada, Allahyarham telah berjaya menjadi seorang pendita dan seorang ilmuan kepada semua orang.

"Dr. Chandra juga tidak terkecuali. Beliau memang seorang yang hebat hingga menjadi seorang pemikir yang berjaya,'' ujarnya.

Mengenai Alice Chan yang menuntut di Universiti Sains Malaysia (USM) , Perdana Menteri memuji kehebatan pelajar itu yang walaupun menghidap penyakit membabitkan otak tetapi berjaya mendapat anugerah dekan.

"Saya pernah berjumpa dengannya baru-baru ini. Pelajar ini amat mengagumkan saya. Mesej saya ialah orang yang cacat sekiranya diberikan peluang, galakan dan mahu berusaha, mereka juga boleh memberi sumbangan kepada negara,'' katanya.

Offline mutiara

  • Hero Member
  • *****
  • Posts: 527
    • View Profile
    • PDK MUTIARA WP LABUAN
Re: KEJAYAAN TOKOH OKU MEMBANGGAKAN
« Reply #1 on: November 07, 2011, 04:04:57 PM »
Pekerja Cemerlang Kebangsaan 2011



Penerima Anugerah Pekerja Cemerlang (OKU) Mahadzir Derani Abdul Ghani (tiga kiri) menerima ucapan tahniah daripada para penerima yang lain selepas Perhimpunan Hari Pekerja 2011 di Stadium Putra, Bukit Jalil di Kuala Lumpur, Sabtu. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Meskipun menghadapi penglihatan terhad sejak dilahirkan, kecacatan itu tidak menghalang Mahadzir Derani yang kini berusia 40 tahun untuk berjaya dalam kerjayanya.

Beliau merupakan pekerja di Bank Pembangunan di sini dan mula berkhidmat sebagai kerani rendah sejak 1992 dan sehingga kini telah dinaikkan pangkat menjadi Operator Telefon.

Tekad kesungguhan dan kecemerlangan dalam kerjanya beliau telah mendapat Anugerah Pekerja Cemerlang 2011 (Kumpulan Orang Kelainan Upaya). Anugerah telah disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sambutan Hari Pekerja 2011 di sini, Sabtu.

Selain seorang pekerja cemerlang, Mahadzir juga cemerlang dalam sukan dan rekreasi di mana beliau juga pernah menjuarai pelbagai pertandingan catur di dalam dan luar negeri.

Antaranya mewakili Malaysia pada Sukan Para Asean ke-4 di Korat, Thailand pada 2008 dan mewakili Malaysia dalam Pertandingan Catur Peringkat Asia di Mumbai, India pada 2003.

Beliau yang tinggal di Rawang juga presiden Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Perdagangan (NUCW) Bank Pembangunan Malaysia Berhad selama duapenggal sejak 2006.

Ketika ditemui wartawan, Mahadzir yang bersyukur dengan penganugerahan itu memberitahu bahawa beliau tidak melihat kecacatannya sebagai penghalang dalam hidup.

"Saya tidak anggap saya OKU, apa yang boleh dilakukan oleh orang upaya, saya sentiasa berusaha untuk melakukannya seperti mana yang dapat dilakukan orang upaya.

"Saya juga berterima kasih kepada pihak pengurusan Bank Pembangunan yang telah banyak membantu saya seperti menyediakan komputer bercakap untukmemudahkan kerja saya," katanya.

Seorang lagi penerima Anugerah Pekerja Cemerlang (Kumpulan Eksekutif), Pawziah Yunos, ialah Penolong Pengurus Bahagian Operasi Rangkaian Kawasan Selatan di Telekom Malaysia Berhad.

Katanya keinginan untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan-pelanggannya menjadi pendorong utama untuknya sentiasa melaksanakankerja dengan cemerlang.

Sementara itu, Panasonic HA Air-Conditioning (M) Sdn Bhd (PHAAM) telah menerima Anugerah Majikan Berdaya Saing 2011 (Syarikat Besar).

Pengurus Besarnya J. Palaniappan berkata bagi menggalakkan pekerja menghasilkan produktiviti yang tinggi, PHAAM melaksanakan 'Performance Link Wage System' dan semua pekerja akan dinilai berdasarkan prinsip 'High Performance High Rewards' (Prestasi Tinggi Pendapatan Tinggi), dan mengekalkan hubungan baik antara pekerja dan majikan.

"Bagi memastikan pekerja berdaya saing, syarikat juga menyediakan secara purata 60 jam untuk melatih setiap pekerja," katanya. - BERNAMA

Offline mutiara

  • Hero Member
  • *****
  • Posts: 527
    • View Profile
    • PDK MUTIARA WP LABUAN
Re: KEJAYAAN TOKOH OKU MEMBANGGAKAN
« Reply #2 on: November 29, 2011, 09:54:49 PM »


   
mSTAR
Selasa April 6, 2010
Tokoh OKU Minta Ibu Bapa Jangan Bezakan Anak Kelainan Upaya

Isteri Ketua Menteri Datin Seri Asmah Abdul Rahman (dua, kanan) menyampaikan anugerah kepada Tokoh Usahawan Orang Kurang Upaya (OKU) 2009, peringkat Negeri, Tuah Atan pada majlis Sambutan Hari OKU peringkat Negeri di Stadium Bistari, Ayer Keroh, hari ini. Turut sama ialah Pengerusi Jawatan Kuasa Negeri Kebajikan, Perpaduan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Sulaiman (kanan). - Foto BERNAMA

MELAKA: Tuah Atan, seorang peguam yang hari ini dinamakan Tokoh OKU Melaka 2009, meminta ibu bapa yang mempunyai anak kelainan upaya supaya jangan sekali-kali membezakan mereka dengan anak-anak yang lain.

Katanya walaupun beliau dilahirkan dengan kecacatan namun kejayaannya adalah kerana ibu bapanya yang tidak kecewa atau berputus asa dengan keadaan dirinya.

"Saya rasa kanak-kanak OKU macam saya, kalau tak ada ibu bapa yang beri sokongan dan kasih sayang serta kefahaman, agak sukar untuk kita maju dan keluar dari kepompong kecacatan," katanya kepada pemberita selepas menerima anugerah itu daripada isteri Ketua Menteri Melaka, Datin Seri Asmah Abdul Rahman pada sambutan Hari OKU di sini hari ini.

Tuah, 49, dilahirkan di Tanjung Kling dekat sini dengan hanya tangan kanan yang sempurna, tanpa kedua-dua kaki dari paras lutut manakala tangan kirinya hanya pada paras siku.

Beliau adalah pemegang ijazah sarjana muda (kepujian) undang-undang dan kini mempunyai dua pejabat firma peguam iaitu satu di Kuala Lumpur dan satu di Melaka.

Anak keempat dari sembilan beradik ini pernah memenangi pelbagai anugerah termasuk Tokoh Maal Hijrah (Profesional) pada tahun 1997 dan 2008.

Tuah berkata bahawa sejak bapanya, Atan Semilang, seorang pesara polis meninggal dunia lima tahun lepas, ibunya Mariam Karim, 72, adalah segala-galanya bagi dirinya.

"Emak tinggal di Seremban dan adalah orang pertama yang saya akan telefon setiap hari sebaik memasuki pejabat untuk bertanya khabar sama ada beliau sihat.

"Emak tak pernah membenci saya, ketepikan dan abaikan saya kerana kecacatan saya sebaliknya mengajar saya tentang kasih sayang ketika mendidik dan membimbing saya," katanya yang mempunyai seorang anak lelaki berusia 18 tahun bersama isterinya yang juga seorang peguam.

Tuah berkat OKU yang ingin mencipta kejayaan perlu berpegang kepada kepada pepatah "di mana ada kemahuan, di situ ada jalan."

Pada majlis hari ini juga, Latib Md Isa diumumkan sebagai Tokoh Usahawan OKU manakala anugerah Tokoh Pekerja OKU dimenangi Hashim Ishak, seorang pegawai khidmat pelanggan di Jabatan Penerangan Melaka. - BERNAMA


Tuah Atan bergambar bersama sijil dan piala yang diterima isteri Ketua Menteri Datin Seri Asmah Abdul Rahman pada majlis Sambutan Hari OKU peringkat Negeri.

Offline salina mansor

  • Jr. Member
  • **
  • Posts: 59
    • View Profile
    • Email
Re: KEJAYAAN TOKOH OKU MEMBANGGAKAN
« Reply #3 on: December 05, 2011, 04:01:00 PM »
Tahniah kepada OKU yang telah berjaya..
Kepada semua OKU bangkit dan bangun lh untuk kejaayaan anda!! ;)

Offline azlan

  • Sr. Member
  • ****
  • Posts: 268
  • it`s me end see my website music this below ...
    • Yahoo Instant Messenger - azlan
    • View Profile
Re: KEJAYAAN TOKOH OKU MEMBANGGAKAN
« Reply #4 on: April 10, 2012, 10:11:36 AM »