MAJLIS PERASMIAN KONVENSYEN PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PDK) KEBANGSAAN KUALA LUMPUR, 6 FEBRUARI 2010
YB. Senator Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah merasmikan Konvensyen PDK Kebangsaan di Berjaya Times Square Convention Center, Kuala Lumpur pada hari ini.
Konvensyen dua hari bermula hari ini diadakan sempena menyambut 25 tahun pelaksanaan Program PDK di Malaysia. Sejumlah empat kertas kerja berkaitan PDK akan dibentangkan meliputi sejarah dan pencapaian, cabaran-cabaran serta pendekatan bagi pembangunan PDK.
PDK yang bermula pada tahun 1984 adalah satu program rintis JKMM di Batu Rakit, Kuala Terengganu. Kini terdapat 409 buah PDK di seluruh negara yang telah memanfaatkan lebih 17,000 OKU. Dalam memastikan program PDK terus subur dan dapat dimanfaatkan oleh lebih ramai OKU di negara ini, pihak Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM224 juta pada tahun 2010 untuk pelaksanaan program PDK serta membina dan menaik taraf institusi Taman Sinar Harapan.
Untuk memantapkan lagi Program PDK ke tahap yang lebih baik, kadar elaun bagi OKU yang menyertai program PDK telah dinaikkan daripada RM50 kepada RM150 sebulan dan elaun pekerja Pusat PDK pula dinaikkan daripada RM500 kepada RM800 sebulan. Seorang penyelia yang berpengalaman telah dilantik di setiap Pusat PDK dan diberi elaun
sebanyak RM1,000 sebulan. Kadar sewa premis juga telah ditingkatkan daripada RM500 kepada maksimum RM3,000 sebulan.
KPWKM mensasarkan semua pusat PDK seluruh Malaysia menjadi one stop centre atau pusat khidmat setempat menjelang akhir RMKe-10 agar perkhidmatan yang lebih menyeluruh di peringkat komuniti dapat diberikan seperti program PDKnet.
Program “economic empowerment” juga akan diberi penekanan sewajarnya di setiap pusat PDK untuk melibatkan golongan OKU dalam aktiviti-aktiviti ekonomi atau aktiviti yang dapat menjana pendapatan bagi menyara kehidupan dan seterusnya membolehkan mereka hidup berdikari dalam masyarakat. Ini adalah selari dengan Program Transformasi Kerajaan dalam merealisasikan Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) yang diterajui oleh YB. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu untuk meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah.
Salam,
Tahniah PDK Labu Kubong yang telah buka topik ni, siap dengan teks ucapan YB lagi
dan nampaknya respon baik dari topik ni.
Alhamdulillah konvensyen dilaksanakan dgn jayanya maklumlah peringkat KEBANGSAAN.
Banyak input yang dapat, nak cerita pun tak pandai nak taip lebih2 dan karang cerita.
Tentang logo tu kita orang pun tak dapat nak upload psl malam tu x bawa pendrive.
Esoknya minta dia orang kata kat notebook lain. So.... dah minta melalui email tp hingga
sekarang no respon. Jika ada insyaallah sy akan upload disini.
Nak tengok gambar kenangan kita orang, tuan / puan / cik dijemput klik url dibawah ini;
http://pdkmutiaralabuan.blogspot.comTq.