PDKNet
September 10, 2010, 10:28:33 AM *
Welcome, Guest. Please login or register.

Login with username, password and session length
News: Forum PDKNet mula beroperasi. Sila berforum dengan bijaksana.
 
   Home   Help Search Calendar Gallery Login Register  
Pages: [1]
  Print  
Author Topic: rawatan buat cerebral palsy  (Read 2163 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
penaminda
Newbie
*
Offline Offline

Posts: 29


View Profile
« on: August 17, 2009, 10:24:22 PM »

rawatan buat cerebral palsy

dpd: http://virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=43595

Cerebral Palsy (Kerencatan Otak)
Cerebral – merujuk kepada otak

Palsy – kurang atau ketidakupayan mengawal pergerakan otak.

Cerebral palsy - Sebahagian besar otak mengalami kerosakan yang mempengaruhi pergerakan badan dan kordinasi otot-otot.



Simptom/tanda-tanda

Perkembangan/pertumbuhan lambat

Hanya menggunakan sebelah tangan

Mengalami masalah penyusuan/makan

Kerap menangis, merengek, meragam tanpa sebab atau terlalu diam dan kurang tindakbalas terhadap ransangan

Mengalami sembelit dan cepat marah


Faktor/punca:

Sebelum lahir;

- berlaku jangkitan pada rahim seperti rubella, cytomegalovirus & toxoplasmosis sehingga menyebabkan kecederaan pada sistem saraf bayi.

- ibu mengalami penyakit seperti darah tinggi, kencing manis & kurang darah semasa mengandung

- si ibu mengalami pendarahan teruk semasa mengandung

- kekurangan bekalan oksigen (anoxia)


- Pendedahan kepada bahan2 toksik (alkohol, rokok & dadah) – merencatkan pertumbuhan organ-organ seperti otak, buah pinggang, jantung dan sebagainya.

- Kekurangan zat makanan seperti makanan seimbang, vitamin & asid folik boleh menjejaskan pertumbuhan janin.

Faktor genetik – masalah terlebih kromosom (Trisomi 13 & Trisomi 18) menyebabkan muka, jantung, otak, kaki & tangan janin mengalami kecacatan.


Semasa lahir;
- kelahiran tidak cukup bulan (premature birth)
- bayi mengalami kecederaan otak semasa lahir
- bayi lemas semasa lahir
- bayi tertelan najis sendiri
- jangkitan kuman semasa lahir
- penyakit kuning (jaundis)



Selepas proses kelahiran;
- Asphyxia – penyakit asma yang menyebabkan oksigen tidak sampai ke otak
- Shaken Baby Syndrome – bayi yang digoncang terlalu kuat semasa menangis
- Keracunan ubat-ubatan – panadol, minyak tanah dsbgnya.
- Tertelan benda asing – guli, duit siling
- berlaku kecederaan otak akibat kemalangan, penderaan @ penganiayaan fizikal.

Jenis-jenis Cerebral Palsy
Dikategorikan kepada 3 jenis

Spastik (otot-otot keras)
-Biasanya berlaku kekejangan pada sebelah kanan badan
-Jika kaki & tangan kanan kejang – hemiplegia”
-Jika kedua-dua belah kaki kejang – “diplegia”
Seluruh badan – “quadriplegia”

Ataxia
-Otot-otot tangan & kaki lembik
-Keadaan pergerakan motor tidak stabil dan bergegar.

Athetoid/Diskinetik
- Pergerakan abnormal yang tidak boleh dikawal.
- Kecederaan pada muka, tangan, badan. Ini akan menyebabkan kesulitan dalam percakapan, cara makan, memegang benda dan pergerakan motor.


Kaedah rawatan/terapi
Terapi fizikal
- Lebih kepada senaman untuk melonggarkan otot-otot seperti regangan (stretching)
- Contoh; kanak2 yang mempunyai kaki yang tidak sama panjang akan menggunakan kasut khas yang bertumit tinggi pada kaki yang lebih pendek.
- Kanak2 yang tidak boleh berjalan – diajar berjalan menggunakan tongkat, kerusi roda, crutches, walkers.
Terapi hidro/air
- Sesuai untuk perkembangan fizikal melalui pergerakan motor halus dan kasar.
- Ransangan air – membolehkan pesakit merasa tenang.
- Aktiviti dalam air dapat memantapkan perkembangan fizikal melalui regangan dan seterusnya melembutkan fungsi-fungsi sendi & meningkatkan daya ketahanan jantung dan otot-otot.

Terapi cara kerja (Occupational Therapy)
- Terapi yang fokus kepada meningkatkan perkembangan motor halus seperti tangan, kaki, muka, jari tangan dan kaki.
- Mengajar kemahiran asas seperti cara berpakaian, cara makan, cara pergi ke tandas dan sebagainya.
- Penggunaan alatan sokongan seperti kerusi roda bagi memudahkan kehidupan mereka.

Terapi pertuturan
- Melatih pergerakan bibir dan lidah
- Terapi ini sesuai untuk kanak-kanak yang mengalami masalah bercakap dan makan.
- Dilatih untuk mengungkapkan kata-kata verbal & non-verbal (bahasa isyarat)

Terapi Integrasi Sensori
- Pendekatan yang digunakan untuk membolehkan kanak-kanak mencapai tahap optimum dari segi pergerakan dan memperbaiki keseimbangan.
- Contoh: sentuhan & urutan pada bahagian badan dengan bantuan alat-alat sokongan seperti “styrofoam chips”, air dan alat permainan.

Terapi ubat-ubatan
- Ubat-ubatan untuk mengurangkan masalah ketegangan.
- Contoh: Diazepam, Baclofen, and Dantrolene
- Suntikan ubat “Botulinum Toxin” – pada bahagian otot-otot yang tegang.

Pembedahan/Surgery
- Pembedahan hanya akan dijalankan sekiranya perlu.
- Contoh: Mereka yang berjalan menggunakan hujung kaki
- Pembedahan orthopedic untuk memanjangkan urat kaki akan dilakukan.
- Ini membantu kanak-kanak tersebut mengatasi masalah berjalan dan kawalan keseimbangan.
Peralatan (special equipment)
Penggunaan peralatan yang sesuai untuk kanak-kanak cerebral palsy.
Tujuan: untuk memudahkan mereka menjalankan aktiviti dan menjalani rawatan/pemulihan.
Contoh: kerusi roda & walker


RUMUSAN
Kanak-kanak cerebral palsy tidak boleh sembuh sepenuhnya.
Akan tetapi terdapat pelbagai kaedah rawatan yang boleh membantu mereka memaksimumkan keupayaan dan kekuatan fizikal, dan seterusnya dapat memperbaiki kualiti kehidupan mereka.

Rawatan/terapi yang dilakukan membolehkan mereka mengurus kehidupan seharian sendiri seperti kebolehan menjaga kebersihan diri, pengurusan pakaian, kebolehan bertutur walaupun tidak lancar dan sebagainya.

Logged
ayahlong
Newbie
*
Offline Offline

Posts: 2


View Profile Email
« Reply #1 on: February 18, 2010, 09:53:55 PM »

terima kasih dengan maklumat diberi semoga rawatan untuk pelbagai kes dapat dikongsi lagi
Logged
norrizan
Newbie
*
Offline Offline

Posts: 12



View Profile Email
« Reply #2 on: February 19, 2010, 10:35:54 AM »

Salam
Semuga dengan panduan yang telah diberi oleh penaminda tu tadi dapat membuka minda semua pelayar pdknet semua.
Saya rasa perkara sebeginilah yang perlu ada dalam forum pdknet.  Pelajaran dan pengetahuan yang boleh diguna pakai
terutama petugas, penyelia ,penjaga dan ibubapa OKU.  Barulah minda kita bergerak dan dapat berfikir lebih jauh untuk memajukan OKU agar
mereka boleh berdikari
Logged
Haruanzaini
Newbie
*
Offline Offline

Posts: 22


View Profile Email
« Reply #3 on: March 05, 2010, 11:09:38 AM »

Pakar dari Jepun Mr. Ara menunjukkan teknik2 Dosha-Hou kepada ibu bapa dan penjaga pelatih di TSH Tunku Najihah, Seremban.

http://www.facebook.com/?ref=home#!/video/video.php?v=101132849921960&ref=nf

http://www.facebook.com/video/video.php?v=101132849921960&ref=nf#!/video/video.php?v=101132353255343&ref=nf
« Last Edit: March 05, 2010, 11:20:05 AM by Haruanzaini » Logged
Haruanzaini
Newbie
*
Offline Offline

Posts: 22


View Profile Email
« Reply #4 on: March 06, 2010, 10:47:02 AM »

Pn. Sutiyah supervisor TSH Tunku Najihah memberi tunjuk ajar respon pelatih kepada ibu bapa..

http://www.youtube.com/watch?v=jGXm1najqQI

Mr. Ara melakukan Dohsa-Hou
http://www.youtube.com/watch?v=Z8pkHVG4jKI
« Last Edit: March 06, 2010, 11:19:42 AM by Haruanzaini » Logged
longjack
Sr. Member
****
Offline Offline

Posts: 278



View Profile WWW
« Reply #5 on: March 06, 2010, 03:59:22 PM »

Terima kasih,

Saya kira inilah maklumat baik yang boleh dikongsi bersama. Amat membina.
Logged



http://pdkmutiaralabuan.blogspot.com/

Murahkanlah SENYUMAN - Sebarkanlah SALAM
hisyamhz
Newbie
*
Offline Offline

Posts: 3



View Profile Email
« Reply #6 on: March 08, 2010, 09:28:00 AM »

ASKM HARUANZAINI.....BOLEH TAK TLG BERIKAN INFO TENTANG SENAMAN DARI PAKAR JEPUN TU ATAU ADA TAK PERSONAL CONTACK YANG BOLEH DIHUBUNGI...
Logged

hisyamhz
Seremban Jaya.
Haruanzaini
Newbie
*
Offline Offline

Posts: 22


View Profile Email
« Reply #7 on: March 08, 2010, 11:09:10 AM »

Dohsa-Hou adalah dari perkataan Jepun yang bermaksud pergerakan yang tidak menggunakan alat. (dulu dikenali Motor Action Training)

Kaedah Dohsa-Hou adalah  bertujuan memberi tunjuk ajar supaya badan boleh mengingati cara berusaha yang sesuai dengan keinginan masing2 dan merasai perasaan subjektif (shudou). Kedudukan badan secara paksi.cth; duduk secara tegak tidak membongkok, berjalan tidak senget dll. Perlu latihan berulang.
(Berkomunikasi dengan pelatih dan pendekatan menggunakan psikologi).

Takrifan "dohsa/pergerakan yang tidak bebas" :-
1. Keadaan di mana pergerakan tidak mengikut keinginan.
Keinginan meminum air dalam gelas, bahu, siku dan pergelangan tangan dan sebagainya menjadi tegang sehingga tidak dapat minum air. Walaupun ada keinginan tetapi cara usha tidak sesuai.

2. Keadaan di mana keinginan tidak jelas.
Mereka yang mengalami kerencatan akal yg serius dan bertindakbalas berlebihan kpd satu ransangan, adakala keinginan pergerakan mereka tidak jelas.

3. Pergerakan bebas.
Pergerakan badan sendiri yang mengikut keinginan sendiri.
dan pergerakan tidak bebas.
Pergerakan badan sendiri yang tidak mengikut keinginan sendiri.


4. Sesiapa pun ada pergerakan badan yang tidak bebas.
Melakukan sesuatu pergerakan yg berlainan drp hari2 biasa, pergerakan itu tidak berjaya seperti yg diingini.
Kekerasan pd bahu dan sakit pinggang menyebabkan lengan tangan tidak dpt diangkat dan bahu tidak dpt ditegakkan dll.
Atau kesakitan pada pergerakan yg tidak dapat dilakukan mengikut keinginan.

Berkenaan dengan "dohsa"
1. "Keinginan" yang sukar untuk disedari. Kita telah biasa berjalan, duduk dan dll.
2. Membiasakan diri dgn pergerakan/dohsa. bagi seseorang untuk mengingati sesuatu pergerakan yang susah.. dia perlu latihan.


* en. Hisyamhz boleh hubungi:-

Pn. Sutiyah
TSH Tunku Najihah
Tel: 017-3620418

En. Gan Chun Hong
Unit Psikologi Kesihatan
UKM, Jln Raja Muda Abdul Aziz
012-6098332

« Last Edit: March 08, 2010, 11:20:52 AM by Haruanzaini » Logged
hisyamhz
Newbie
*
Offline Offline

Posts: 3



View Profile Email
« Reply #8 on: March 08, 2010, 04:44:10 PM »

thanks a lot .....kerana sudi berkongsi maklumat dengan saya...
harap dapat saya praktikkan kepada anak saya...yang mengalami celeberal palsy
Logged

hisyamhz
Seremban Jaya.
Haruanzaini
Newbie
*
Offline Offline

Posts: 22


View Profile Email
« Reply #9 on: March 09, 2010, 10:46:46 AM »

salam.. saya nak tahu anak en hisyamhz berapa umurnya. leh cerita serba sedikit keadaan anak tuan.
Kebetulan saya juga punya anak cerebral palsy (akal). Nak ikutkan anak saya ni jenis yg terlantar. Umur anak pompuan saya skrng ni 15 thn.
Masa kecil anak saya pernah memohon dan membuat terapi & latihan kolam di Spastic PJ (smggu sekali) sehingga umur 10 thn baru leh jln. pakai juga kasut khas yg disyorkan oleh pakar pediatrik (jlnnya agak stabil). Membuat speech therapy & cara kerja di Pediatrik KL shgga skrg. (Buat masa skrng semua perkara kena bantuan spti, makan, minum, pakai pmpers, tandas dll) Percakapannya antara 5 ke 10 perkataan yg jelas, yg lain x jelas (ambil ujung2 je). Arahan dan percakapan org lain dia faham tapi agak degil dan ikut mood juga..belajar di pdk petaling kl.
Pernah membuat terapi berkuda di TUDM sg. besi.


http://www.youtube.com/watch?v=2LObAgGDvCA
« Last Edit: March 09, 2010, 11:07:51 AM by Haruanzaini » Logged
Haruanzaini
Newbie
*
Offline Offline

Posts: 22


View Profile Email
« Reply #10 on: March 09, 2010, 11:49:25 AM »

salam.. saya nak tahu anak en hisyamhz berapa umurnya. leh cerita serba sedikit keadaan anak tuan.
Kebetulan saya juga punya anak cerebral palsy (akal). Nak ikutkan anak saya ni jenis yg terlantar. Umur anak pompuan saya skrng ni 15 thn.
Masa kecil anak saya pernah memohon dan membuat terapi & latihan kolam di Spastic PJ (smggu sekali) sehingga umur 10 thn baru leh jln. pakai juga kasut khas yg disyorkan oleh pakar pediatrik (jlnnya agak stabil). Membuat speech therapy & cara kerja di Pediatrik KL shgga skrg. (Buat masa skrng semua perkara kena bantuan spti, makan, minum, pakai pmpers, tandas dll) Percakapannya antara 5 ke 10 perkataan yg jelas, yg lain x jelas (ambil ujung2 je). Arahan dan percakapan org lain dia faham tapi agak degil dan ikut mood juga..belajar di pdk petaling kl.
Pernah membuat terapi berkuda di TUDM sg. besi.


http://www.youtube.com/watch?v=2LObAgGDvCA
Logged
Haruanzaini
Newbie
*
Offline Offline

Posts: 22


View Profile Email
« Reply #11 on: April 20, 2010, 08:14:22 AM »

https://mail.kkr.gov.my/home/zaini@kkr.gov.my/Briefcase/Dohsa-Hou%20utk%20pamplet.doc
Logged
Haruanzaini
Newbie
*
Offline Offline

Posts: 22


View Profile Email
« Reply #12 on: April 20, 2010, 11:14:32 AM »


http://virtualfriends.net/main/?UID=1916DBA2-1517-3750-167DEE820C362EA9&frame=1

Maaf gambar-gambar tidak kelihatan
Email kpd saya utk kaedah yg lengkap

Zaini@kkr.gov.my
« Last Edit: April 20, 2010, 11:45:05 AM by Haruanzaini » Logged
Haruanzaini
Newbie
*
Offline Offline

Posts: 22


View Profile Email
« Reply #13 on: April 21, 2010, 07:41:00 AM »

Logged
Pages: [1]
  Print  
 
Jump to:  

Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.7 | SMF © 2006-2008, Simple Machines LLC Valid XHTML 1.0! Valid CSS!
Page created in 0.675 seconds with 22 queries.