PDKNet
September 10, 2010, 10:06:59 AM *
Welcome, Guest. Please login or register.

Login with username, password and session length
News: Forum PDKNet mula beroperasi. Sila berforum dengan bijaksana.
 
   Home   Help Search Calendar Gallery Login Register  
Pages: [1]
  Print  
Author Topic: pekerjaan buat OKU  (Read 1295 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
penaminda
Newbie
*
Offline Offline

Posts: 29


View Profile
« on: August 17, 2009, 09:45:57 PM »

Apa ye pekerjaan yang sesuai buat OKU?

Apa ye???

kalau kita sempitkan fikiran ...memanglah kita akan kata bahawa anak aku OKU apalah yang dia boleh buat.... tapi terfikirkah tuan-tuan dan puan-puan sekelian...ada banyak pekerjaan yang boleh dibuat oleh OKU...

ini adalah antara beberapa pekerjaan boleh dibuat oleh mereka...
1. telefonis
2. pekerja stesen minyak
3. pelukis
4. penari kebudayaan
5. peniaga
6. penulis
7. pembuat kraftangan
9. pekerja gerai makan
10. jurujual
11. cashier
12. pegawai kerajaan
13. penjaga lif
14. pencuci pinggan mangkuk
15. pelayan hotel

dan banyak lagi la

apa sahaja orang normal boleh buat...OKU juga boleg buat.... yakin boleh dan bersemangat


apapun yang penting mesti disesuaikan dengan kemampuan dan kebolehan serta minat yang mereka miliki


oklah itu hanya segelintir sahaja..... baik datang dari Allah dan buruk dari saya....
Logged
serikemunting
Newbie
*
Offline Offline

Posts: 6


View Profile Email
« Reply #1 on: October 19, 2009, 04:40:21 PM »

salam ,

sekadar makluman pdk negeri melaka bakal menyediakan peluang perkajan bagi oku ,malah bukan sahaj untuk oku di pdk malah semua oku yang berdaftar dengan JKM.Hanya sesuai dan minat sahaja. Setakat ini di PDK Nur Shahirah , Nur Ehsan,Seri Mutiara di , nur hidayah,Seri Murni nyalas sebelah Jasin sudah pun memberi elaun kepada beberapa orang pelatih yang membantu mereka dalam projek PDK .Di bahagian Alor Gajah PDK Seri Pengasih telah menmpatkan seramai 7 orang pelatih dalam projrk Penjualan Bunga dan Pasu dan mempunyai penempatan untuk Pelatih berdikari bagi pelatih Lelaki , terkini dalam proses menyediakan kawasan bagi membuat Bengkel Roti .Bagi PDK Seri malindo sudah mengadakan sebuah gerai bagi menjual makanan ringgan dan surat khabar ,selain itu telah mewujudkan "Homestay" .Dalam perancangan PDK Seri Permata akan menyediakan Bengkel atau peluang pekrjaan OKU untuk membuat batik Cop.

   pasti ramai akan menafikan atau bertanya kenapa pelatih OKU ini tidak diberi peluang untuk bekerja di luar,jawapan nya ada yang boleh dan ada yang masih perlu pemantauan khusus masih perlu di beri latihan bengkel kerana kemampuan mereka disamping penerimaan Pelatih OKU ini dengan pemahaman Majikan luar dengan tabiat yang tidak tepat oleh pelatih OKU.
kita bukan nak mengasingkan mereka tetapi ingin memberi mereka peluang utnuk bekerja bagi menampung diri sendiri.segala pekerjaan perlu melihat dari segi kemampuan dan minat pelatih tersebut.
Logged
longjack
Sr. Member
****
Offline Offline

Posts: 278



View Profile WWW
« Reply #2 on: April 20, 2010, 05:00:42 PM »

Gadis OKU…Ijazah Cemerlang Hanya Sekadar Selembar Kertas…



SITI Huraizah Ruslan bagai pasrah menerima keadaan dirinya. Hampir tiga tahun bergelar siswazah, namun sehingga kini belum mampu ditawar jawatan setimpal dengan kelulusannya.

Pada 2007, media tempatan melaporkan kejayaan gadis cacat penglihatan yang muncul antara pelajar cemerlang di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Berita Harian, tidak terkecuali juga TV3, menyiarkan berita kegembiraan gadis hitam manis yang berjaya mengejutkan massa. Dia lambang kegigihan orang kurang upaya (OKU). Dia lambang kecemerlangan yang tidak dibatasi kekurangan diri. Dia juga lambang kekuatan semangat untuk menimba ilmu walaupun terpaksa meninggalkan keluarga dan tiga adiknya di Pantai Timur.

Hari ini, Siti Huraizah bagai dilupakan. Ijazah cemerlang hanya sekadar selembar kertas yang hampir tidak ada apa-apa. Segala ilmu yang ditimba di Fakulti Seni Persembahan sekadar bayangan masa lalu, yang juga tidak ada apa-apa.

“Terlalu tebal tembok halangan,” cetusnya. Sudah acap kali dia menghadiri temu duga, namun hasilnya tidak ada apa-apa. “Mereka takut mengambil orang buta seperti saya. Mereka bimbang saya tidak mampu menjalankan tugas dengan baik,” cetusnya sinis. Dia tidak diberi peluang. Dia bagai merenung nasib sendiri. Ada penemuduga yang jujur mengakui kesukaran memilih pekerja OKU di organisasi mereka.

Siti Huraizah pernah memohon untuk menyertai skim tenaga pengajar di pusat pengajian yang pernah berjasa kepadanya. “Malangnya mereka masih prejudis, tidak yakin kemampuan pensyarah buta,” keluhnya.

Kini dia bertugas di Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia, di Setapak, Kuala Lumpur. Dengan pendapatan yang diterimanya, dia terpaksa bekerja kerana tidak mungkin untuk kembali ke pangkuan orang tuanya tanpa sebarang jawatan. Ria atau lara di Lembah Klang, Siti Huraizah terpaksa tekad kerana kehidupan tidak semudah yang diharapkan.

Siti Huraizah boleh dianggap citra permasalahan OKU di negara ini. Mereka bukan saja kekurangan fizikal dan kesempurnaan, bahkan kurang tumpuan daripada masyarakat. OKU tidak selamanya memohon bantuan dan berjiwa hamba. Apa yang mereka mahukan adalah peluang untuk menonjolkan kemampuan dan kreativiti. Malangnya prejudis dan salah anggapan menyebabkan ramai OKU tercicir daripada pelbagai peluang yang disediakan.

Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) mengandaikan 10 peratus daripada jumlah penduduk di sesebuah negara terdiri daripada OKU. Ini bermakna 2.7 juta rakyat Malaysia tergolong OKU, walaupun hanya segelintir yang mendaftarkan diri dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Pada dasarnya, kerajaan memang prihatin masalah OKU menerusi pelbagai perancangan teliti. Akta OKU diluluskan di Parlimen (Dewan Negara) pada 24 Disember 2007, diwartakan pada 24 Januari 2008 dan dikuatkuasakan pada 7 Julai 2008.

Akta ini memberikan pengiktirafan hak OKU – peluang dan penyertaan penuh dalam masyarakat. Akta ini memperuntukkan perihal berkaitan pendaftaran, perlindungan, pemulihan, pembangunan dan kesejahteraan OKU.

Sejak pengisytiharan Tahun Antarabangsa OKU 1980 dan pelancaran The World Programme of Action Concerning Disabled Persons 1982, Malaysia turut memperkenalkan pelbagai polisi dan program untuk membaiki kualiti kehidupan OKU.

Bagaimanapun setiap dasar dan peraturan yang tidak diamalkan, bakal mengundang tanggapan sinis masyarakat. Pelaksanaan hampir tidak ada. Kehidupan OKU masih di bawah paras kemiskinan. Meskipun ada beberapa OKU berjaya dalam sektor tertentu, nisbahnya terlalu kecil berbanding mereka yang melarat.

Lihat saja sekitar Jalan Chow Kit dan Jalan Masjid India, ramai warga cacat fizikal dan penglihatan merempat, mengemis dan menagih simpati orang ramai.

Kerajaan melalui konsep 1Malaysia perlu lakukan sesuatu agar Akta OKU berfungsi untuk memberi peluang sama rata berdasarkan sistem merit, bukan kerana halangan fizikal. Jika Milton boleh muncul sebagai penyair dan seniman tersohor Britain kerana kebutaannya, kita juga ada Prof Datuk Dr Ismail Salleh (Allahyarham) yang handal pemikiran ekonominya. Kita juga ada Dr Chandra Muzafar yang bernas pemikiran sosialnya. Kita juga ada Dr Zulkifli Ahmad (politik) dan Nahmar Jamil (sastera). Mereka adalah segelintir insan OKU yang mencipta nama, di sebalik jutaan lagi yang tercicir dan menjadi marhaen di sisi tembok pembangunan negara.

Kempen kesedaran dan sikap bertanggungjawab untuk membantu OKU perlu dipupuk. Apalah gunanya mendakwa sebagai masyarakat penyayang, tetapi pada masa sama meletakkan kenderaan di petak yang disediakan untuk pemandu OKU.

Sehingga kini tiada peraturan khusus yang boleh menghukum mana-mana pesalah yang meletakkan kenderaan di petak OKU. Begitu juga kemudahan awam yang amat senang dicerobohi. Tandas OKU dimasuki sesuka hati, kenderaan awam tidak menyediakan kemudahan mengangkut kerusi roda, bangunan pejabat dan pusat beli-belah yang tidak mesra OKU dan prejudis sosial terhadap golongan cacat, menyebabkan usaha membentuk masyarakat minda kelas pertama tercabar.

Apa yang dialami Siti Huraizah tidak berseorangan. Masih ramai lagi OKU yang tidak mendapat tempat sewajarnya dalam masyarakat, walaupun mereka berkelayakan. Ada yang dinafikan peluang kenaikan pangkat kerana kekurangan fizikalnya. Ada juga yang tidak berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana kerana penaja meragui kemampuan intelektual mereka.

Semuanya menuntut renungan pelbagai pihak. OKU masih terasing daripada impian masa depan yang indah di negara ini. – bhonline
Logged



http://pdkmutiaralabuan.blogspot.com/

Murahkanlah SENYUMAN - Sebarkanlah SALAM
longjack
Sr. Member
****
Offline Offline

Posts: 278



View Profile WWW
« Reply #3 on: April 22, 2010, 01:10:35 PM »

OKU masih sukar dapat pekerjaan

Berita Harian- 06/04/2010

SUBANG JAYA: Sikap kurang percaya majikan kepada kebolehan orang kurang upaya (OKU) dalam menyempurnakan tugas diberikan menyukarkan golongan berkenaan mendapat tempat dalam pekerjaan khususnya di sektor swasta.

Hasil kajian rambang Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) turut mendedahkan sikap kebanyakkan majikan yang enggan menyediakan pekerjaan termasuk infrastruktur sesuai untuk OKU juga menjadi penyebab golongan berkenaan lebih suka bekerja sendiri.

Pengarah Tenaga Kerja Kementerian Sumber Manusia, Fong Khei Por, berkata hasil kajian itu juga merumuskan hanya OKU memahami keperluan OKU lain menyebabkan golongan ini lebih sesuai bekerja dengan majikan OKU yang menjalankan perniagaan termasuk secara kecil-kecilan.

"Kesedaran majikan khususnya di pihak swasta tidak jauh bezanya dari dulu sehingga kini.Walaupun ada pihak swasta yang mengambil pekerja OKU, ia hanya untuk jawatan rendah seperti pembantu jualan di pusat membeli belah, tukang cuci dan sebagainya.

"Kita berharap majikan lebih bersedia untuk mengambil golongan ini sebagai pekerja dengan menyediakan infrastruktur serta menawarkan bentuk pekerjaan yang sesuai untuk  mereka supaya mereka dapat menyesuaikan diri dengan bekerja bersama orang lain yang sempurna,"katanya.

Beliau ditemui selepas menyerahkan Surat kelulusan Skim Bantuan Galakkan Perniagaan Orang Kurang Upaya (SBGP-OKU) berjumlah RM709,960 kepada empat usahawan OKU dari Selangor di JTKSM sebagai modal tambahan bagi mengembangkan perniagaan masing-masing, kelmarin.

Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) memperuntukkan RM22 juta sebagai modal bantuan kepada uasahawan OKU di seluruh negara yang dilancarkan pada 2007 dengan Bahagian Standard Perburuhan JTKSM sebagai urus setia bagi menilai permohonan usahawan dan diproses oleh JTKSM Selangor.

Hampir RM1 juta dikeluarkan untuk mengembangkan perniagaan OKU di Selangor membabitkan 25 permohonan yang diluluskan bermula 2007 sehingga 2009. Daripada jumlah itu, 18 cacat anggota manakala tujuh lagi cacat penglihatan.

"Ia juga bertujuan sebagai satu strstegi untuk membantu OKU mendapatkan pekerjaan menerusi usahawan berkenaan kerana kita sedar ramai OKU adalah usahawan berjaya dan mereka boleh menjadi majikan baik untuk OKU lain, "katanya.

Ashairi Sleiman yang menerima RM10,000 melahirkan rasa gembira dan berazam membesarkan perniagaan burger yang dibuka sejak empat tahun lalu di Bukit Tinggi klang disini, di samping menambah dua lagi pekerja OKU digerainya.

"Saya berterima kasih dengan keprihatinan pihak kementerian di atas nasib usahawan OKU seperti kami yang sering dipandang sepi oleh pihak bank apabila ingin membuat pinjaman. Selepas setahun menunggu , saya puas kerana akhirnya berjaya menerima geran ini, "katanya.

Pengusaha Pusat Urut Refleksologi, Basakaran Kuppan yang menerima RM25,968 melahirkan rasa lega apabila permohonannya diluluskan yang akan menggunakannya untuk membeli pelbagai alatan khas untuk pusat urutan yang dibuka sejak enam tahun lalu.

"Saya dapat rasakan sukarnya OKU mendapatkan pekerjaan kerana saya sendiri terpaksa  menganggur sehingga lapan tahun selepas kehilangan penglihatan akibat kemalangan pada 1992.

"Akhirnya saya tekad membuka perniagaan sendiri dan berazam menawarkan kerja kepada OKU lain,"katanya.

Dua lagi usahawan,Ismail Hashim, kontraktor kelas F menerima RM15,000 manakala Ganapathy K R menerima jumlah tertinggi iaitu RM30,000 untuk mengembangkan perniagaan telefon bimbitnya di Jalan Klang Lama di sini.
Logged



http://pdkmutiaralabuan.blogspot.com/

Murahkanlah SENYUMAN - Sebarkanlah SALAM
Pages: [1]
  Print  
 
Jump to:  

Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.7 | SMF © 2006-2008, Simple Machines LLC Valid XHTML 1.0! Valid CSS!
Page created in 1.184 seconds with 22 queries.