PDKNet
September 10, 2010, 10:25:28 AM *
Welcome, Guest. Please login or register.

Login with username, password and session length
News: Forum PDKNet mula beroperasi. Sila berforum dengan bijaksana.
 
   Home   Help Search Calendar Gallery Login Register  
Pages: 1 2 [3]
  Print  
Author Topic: Adakah Kita Tahu ???  (Read 2434 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
longjack
Sr. Member
****
Offline Offline

Posts: 278



View Profile WWW
« Reply #30 on: February 19, 2010, 02:01:38 PM »

DAJJAL

Asal-Usul Dajjal

Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apa jua makhluk lain selain ia sebagai manusia yg ditangguhkan ajalnya “Minal Munzharin” seperti halnya Nabi Isa as yg di angkat oleh Allah swt ke atas langit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula ke atas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan di kuburkan di Madinah AlMunawwarah. Sama juga halnya dgn Nabi Khidhir, para malaikat dan Iblis yg di tangguhkan kematian sehingga kiamat nanti.

Dajjal; ayahnya seorang yg tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti Paruh burung (kebiasaannya orang Yahudi memang berhidung sebegini). Sedangkan Ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak dagingnya. Menurut Imam Al Barzanji ada pendapat mengatakan bahawa asal keturunan bapanya ialah seorang Dukun Yahudi yg di kenali dgn “syaqq” manakala ibunya adalah dari bangsa Jin. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman a.s dan mempunyai hubungan dengan makhluk halus. Lalu oleh Nabi Sulaiman ia akhirnya ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Walau bagaimanapun kelahiran dan kehidupan masa kecil tidak diketahui dgn jelas.

Sifat Badannya

Hadis Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Dajjal ialah orang yang buta sebelah matanya iaitu sebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga dan Neraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka (Hadis Sahih Muslim)

Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yg disebutkan dalam Hadis Rasulullah S.a.w, diantaranya: Seorang yg kelihatannya masih muda, berbadan besar dan agak kemerah-merahan, rambutnya kerinting dan tebal. Kelihatan dari belakang seolah-olah dahan kayu yg rimbun.

Dan tandanya yg paling ketara sekali ada dua;

Pertama: Buta mata kirinya dan kelihatan seperti buah kismis yg kecut, manakala mata kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan berkelip-kelip laksana bintang. Jadi kedua-dua matanya adalah cacat.

Kedua: Tertulis didahinya tulisan “Kafir (Kaf-Fa-Ra)”. Tulisan ini dapat dibaca oleh setiap org Islam, sama ada ia pandai membaca atau tidak. Mengikut hadis riwayat At-Thabrani, kedua-dua tanda ini menjelma dalam diri Dajjal setelah ia mengaku sebagai Tuhan. Adapun sebelum itu, kedua-dua tanda yang terakhir ini belum ada pada dirinya.

Dan selanjutnya kita dapat mengetahuinya dari kisah Tamim Ad Dari yang telah bertemu dengan Dajjal itu di sebuah pulau..

Tempat Tinggalnya Sekarang

Menurut riwayat yg sahih yg disebutkan dalam kitab “Shahih Muslim”, bahawa Dajjal itu sudah wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai di sebuah pulau dan ditunggu oleh seekor binatang yg bernama “Al-Jassasah”. Terdapat hadis panjang mengenainya. Daripada Hadis ini jelaslah bagi kita bahawa Dajjal itu telah ada dan ia menunggu masa yg diizinkan oleh Allah swt utk keluar menjelajah permukaan bumi ini dan tempat “transitnya” itu ialah di sebelah Timur bukan di Barat.

Ada pendapat mengatakan sekarang Dajjal tinggal di kerajaan iblis dan jin di Segitiga Bermuda dan selalu keluar dengan menaiki kenderaan piring terbang yang dikenali umum sebagai UFO dan sentiasa berurusan dengan pemimpin-pemimpin besar dunia. Akhir-akhir ini, pernah juga kelihatan piring-piring terbang UFO ini muncul di bandar Vatican (pusat Katolik dunia), Rome, Italy.

Berapa lama ia akan hidup setelah kemunculannya

Dajjal akan hidup setelah ia memulakan cabarannya kepada umat ini, selama empat puluh hari sahaja. Namun begitu, hari pertamanya adalah sama dgn setahun dan hari kedua sama dengan sebulan dan ketiga sama dengan satu minggu dan hari-hari baki lagi sama seperti hari-hari biasa. Jadi keseluruhan masa Dajjal membuat fitnah dan kerosakan itu ialah 14 bulan dan 14 hari. Dalam Hadis riwayat Muslim ada disebutkan:

Kami bertanya: “Wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di muka bumi ini? Nabi saw, menjawab: Ia akan tinggal selama empat puluh hari. Hari yg pertama seperti setahun dan hari berikutnya seperti sebulan dan hari ketiga seperti seminggu. Kemudian hari yg masih tinggal lagi (iaitu 37 hari) adalah sama seperti hari kamu yg biasa.

Lalu kami bertanya lagi: Wahai Rasulullah saw! Di hari yg panjang seperti setahun itu, apakah cukup bagi kami hanya sembahyang sehari sahaja (iaitu 5 waktu sahaja). Nabi saw menjawab: Tidak cukup. Kamu mesti mengira hari itu dgn menentukan kadar yg bersesuaian bagi setiap sembahyang..”

Maksud sabda Rasulullah S.a. w, ini ialah supaya kita mengira jam yg berlalu pada hari itu. Bukan mengikut perjalanan matahari seperti biasanya kita lakukan. Misalnya sudah berlalu tujuh jam selepas sembahyang Subuh pada hari itu maka masuklah waktu sembahyang Zohor, maka hendaklah kita sembahyang Zohor, dan apabila ia telah berlalu selepas sembahyang Zohor itu tiga jam setengah misalnya, maka masuklah waktu Asar, maka wajib kita sembahyang Asar. Begitulah seterusnya waktu Sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh seterusnya hingga habis hari yg panjang itu sama panjangnya dgn masa satu tahun dan bilangan sembahyang pun pada sehari itu sebanyak bilangan sembahyang setahun yg kita lakukan. Begitu juga pada hari Kedua dan ketiga.
Logged



http://pdkmutiaralabuan.blogspot.com/

Murahkanlah SENYUMAN - Sebarkanlah SALAM
longjack
Sr. Member
****
Offline Offline

Posts: 278



View Profile WWW
« Reply #31 on: March 06, 2010, 03:47:25 PM »

STARBUCK HARAM



PASUKAN PETUGAS PROGRAM MS ISO9002 JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA

Please note that all chocolate, vanilla and coffee drinks at Coffee Bean and Starbuck contains E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefides which is from animal origin (pork). Raspberry Frap uses cherries that has been dip n alcohol AND the tiramisu contains RUM. Please pass this message to our muslim friends.

Call JAKIM 03 - 8886 4000 for more information.

Thank you
Logged



http://pdkmutiaralabuan.blogspot.com/

Murahkanlah SENYUMAN - Sebarkanlah SALAM
longjack
Sr. Member
****
Offline Offline

Posts: 278



View Profile WWW
« Reply #32 on: March 06, 2010, 04:09:25 PM »

Syarikat yang mendapatkan Sijil Halal JAKIM

1. HWA TAI INDUSTRIES BERHAD
Tarikh Sah Sijil
[01/11/2009 - 30/10/2012]

2. MIZASUDA ENTERPRISE
Tarikh Sah Sijil
[19/11/2009 - 18/11/2011]

3. ACE CANNING CORPORATION SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[16/11/2009 - 15/11/2011]

4. AJ OLEO INDUSTRIES SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[16/11/2009 - 15/11/2011]

5. ALJ INDUSTRIES (M) SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[16/11/2009 - 15/11/2012]

6. ALTRATEC SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[16/11/2009 - 15/11/2011]

7. ASRI VEGETABLE OIL PRODUCTS SDN. BHD.
Tarikh Sah Sijil
[16/11/2009 - 15/11/2011]

8. AYAMAS FOOD CORPORATION SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[16/11/2009 - 15/11/2011]

9. BAGUS MARKETING SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[16/11/2009 - 15/11/2012]

10. BERJAYA PIZZA COMPANY SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[16/11/2009 - 15/11/2011]

11. BERYL'S CHOCOLATE & CONFECTIONERY SDN.BHD.
Tarikh Sah Sijil
[16/11/2009 - 15/11/2011]

12. BEST COSMETICS LABORATORIES SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[16/11/2009 - 15/11/2011]

13. BESTCAN FOOD TECHNOLOGICAL INDUSTRY SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[16/11/2009 - 15/11/2011]

14. BORNEO SPRINGS SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[16/11/2009 - 15/11/2011]

15. BOTANICAL ESSENCE MARKETING SDN. BHD.
Tarikh Sah Sijil
[16/11/2009 - 15/11/2011]

16. CMM MARKETING MANAGEMENT PTE.LTD.
Tarikh Sah Sijil
[16/11/2009 - 15/11/2011]

17. COLLABO RESOURCES SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[16/11/2009 - 15/11/2011]

18. DELICIA SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[16/11/2009 - 15/11/2011]

19. ERA BAYAM KOTA SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[16/11/2009 - 15/11/2012]

20. FORTUNE LABORATORIES SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[16/11/2009 - 15/11/2011]

21. GABAN SPICE MFG (M) SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[16/11/2009 - 15/11/2011]

22. GARDENIA BAKERIES (KL) SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[16/11/2009 - 15/11/2011]

23. GREENLOVE FOOD INDUSTRIES SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[16/11/2009 - 15/11/2011]

24. HAJAH AMINAH FOOD INDUSTRIES SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[16/11/2009 - 15/11/2012]

25. HEAP HONG
Tarikh Sah Sijil
[16/11/2009 - 15/11/2011]

26. HOCK HOE AGRICULTURE TRADING
Tarikh Sah Sijil
[16/11/2009 - 15/11/2012]

27. HONEYCO FOOD IND SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[16/11/2009 - 15/11/2011]

28. HONG SAN FROZEN FOODS SDN. BHD
Tarikh Sah Sijil
[16/11/2009 - 15/11/2011]

29. HUA CHAN SAUCE FACTORY (MIRI) SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[16/11/2009 - 15/11/2011]

30. IOI EDIBLE OILS SDN. BHD.
Tarikh Sah Sijil
[16/11/2009 - 15/11/2011]

31. IZUMIA OIL INDUSTRIES SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[16/11/2009 - 15/11/2011]

32. JJ-ONE COSMETICS SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[16/11/2009 - 15/11/2012]

33. KEE WEE HUP KEE TRADING (M) SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[16/11/2009 - 15/11/2011]

34. KFC (PENINSULAR MALAYSIA) SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[16/11/2009 - 15/11/2012]

35. KFC MARKETING SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[16/11/2009 - 15/11/2011]

36. KILANG MAKANAN MOI KEE SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[16/11/2009 - 15/11/2012]

37. KL AIRPORT HOTEL SDN BHD (PAN PACIFIC KLIA)
Tarikh Sah Sijil
[16/11/2009 - 15/11/2011]

38. KRAFT FOODS MANUFACTURING MALAYSIA SDN. BHD.
Tarikh Sah Sijil
[16/11/2009 - 15/11/2011]

39. KWONG HUAT & CO
Tarikh Sah Sijil
[16/11/2009 - 15/11/2012]

40. KYROS FOOD INDUSTRIES SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[16/11/2009 - 15/11/2011]

41. LEE BISCUITS (PTE) LTD
Tarikh Sah Sijil
[16/11/2009 - 15/11/2011]

42. LEE KUM KEE (MALAYSIA) FOODS SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[16/11/2009 - 15/11/2011]

43. LO HONG KA SDN. BHD.
Tarikh Sah Sijil
[16/11/2009 - 15/11/2011]

44. MAGRI FOODS SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[16/11/2009 - 15/11/2011]

45. MAH TONG HUAT FOOD INDUSTRY SDN. BHD.
Tarikh Sah Sijil
[16/11/2009 - 15/11/2012]

46. NABIR ABADI ENTERPRISE
Tarikh Sah Sijil
[16/11/2009 - 15/11/2012]

47. NATURAL OLEOCHEMICALS SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[16/11/2009 - 15/11/2011]

48. NESTLE MANUFACTURING (M) SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[16/11/2009 - 15/11/2011]

49. NILAM HERBAL PACKAGING SDN.BHD.
Tarikh Sah Sijil
[16/11/2009 - 15/11/2011]

50. NUTRIFRES FOOD & BEVERAGE INDUSTRIES SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[19/11/2009 - 18/11/2011]

51. PEPSICO (MALAYSIA) SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[16/11/2009 - 15/11/2011]

52. PERNIAGAAN TIGA 'S'
Tarikh Sah Sijil
[16/11/2009 - 15/11/2012]

53. PERTANIAN PERTIWI SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[16/11/2009 - 15/11/2012]

54. PETRONAS DAGANGAN BERHAD
Tarikh Sah Sijil
[16/11/2009 - 15/11/2011]

55. PIZZA HUT RESTAURANTS SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[16/11/2009 - 15/11/2012]

56. PROFRESH SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[16/11/2009 - 15/11/2011]

57. PUSAT ROTI CENDERAWASIH
Tarikh Sah Sijil
[16/11/2009 - 15/11/2011]

58. RASA AYAMAS SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[16/11/2009 - 15/11/2012]

59. REX CANNING CO SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[16/11/2009 - 15/11/2011]

60. RZ&RH SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[16/11/2009 - 15/11/2011]

61. SAKURA FOOD MANUFACTURING (M) SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[16/11/2009 - 15/11/2012]

62. SANDAKAN SPECIALTY FATS SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[16/11/2009 - 15/11/2011]

63. SHAMSULL RESOURCES
Tarikh Sah Sijil
[16/11/2009 - 15/11/2011]

64. SHIFU INGREDIENTS SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[16/11/2009 - 15/11/2011]

65. SIMO SUPPLIES
Tarikh Sah Sijil
[16/11/2009 - 15/11/2011]

66. SOUTHERN BLEACH EARTH SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[16/11/2009 - 15/11/2011]

67. SRI NONA FOOD INDUSTRIES SDN. BHD.
Tarikh Sah Sijil
[16/11/2009 - 15/11/2011]

68. STANSON BAKERIES SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[16/11/2009 - 15/11/2011]

69. SUPERIOR LIME SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[16/11/2009 - 15/11/2011]

70. SYARIKAT M.A ISHAK
Tarikh Sah Sijil
[16/11/2009 - 15/11/2011]

71. SYARIKAT MALURI SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[16/11/2009 - 15/11/2011]

72. TAI SUN LIM KEE FOOD INDUSTRIES (M) SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[16/11/2009 - 15/11/2011]

73. TESCO STORES (MALAYSIA) SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[16/11/2009 - 15/11/2011]

74. THE BAKER'S COTTAGE SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[16/11/2009 - 15/11/2012]

75. TRICIOUS FOODS SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[16/11/2009 - 15/11/2011]

76. TS UNIVERSAL TRADING SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[16/11/2009 - 15/11/2011]

77. UNIFROZEN SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[16/11/2009 - 15/11/2011]

78. VITAFRESH SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[16/11/2009 - 15/11/2011]

79. WS FROZEN FOOD SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[16/11/2009 - 15/11/2011]

80. YEO HIAP SENG (MALAYSIA) BHD (SHAH ALAM)
Tarikh Sah Sijil
[16/11/2009 - 15/11/2011]

81. YHL TRADING (KL) SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[16/11/2009 - 15/11/2012]

82. AIC INGREDIENTS SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[01/12/2009 - 30/11/2011]

83. AJINOMOTO (MALAYSIA) BERHAD
Tarikh Sah Sijil
[01/12/2009 - 30/11/2011]

84. ANING RESOURCES SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[01/12/2009 - 30/11/2011]

85. AYS SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[01/12/2009 - 30/11/2011]

86. BVRAGE CREATION SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[01/12/2009 - 30/11/2011]

87. CAMPBELL CHEONG CHAN (M) SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[01/12/2009 - 30/11/2011]

88. CNI ENTERPRISE (M) SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[01/12/2009 - 30/11/2012]

89. COCOALAND INDUSTRY SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[01/12/2009 - 30/11/2011]

90. COLD STORAGE SINGAPORE (1983) PTE.LTD.
Tarikh Sah Sijil
[01/12/2009 - 30/11/2011]

91. COPE ADVENTURE (M) SDN. BHD.
Tarikh Sah Sijil
[01/12/2009 - 30/11/2012]

92. DENTAL-K MANUFACTURING SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[01/12/2009 - 30/11/2011]

93. DOMMAL FOOD SERVICES SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[01/12/2009 - 30/11/2011]

94. DUTCH LADY MILK INDUSTRIES BERHAD
Tarikh Sah Sijil
[01/12/2009 - 30/11/2011]

95. ECOFREN SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[01/12/2009 - 30/11/2011]

96. ELKEN SDN. BHD.
Tarikh Sah Sijil
[01/12/2009 - 30/11/2011]

97. ESKAYVIE SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[01/12/2009 - 30/11/2011]

98. F & N FOODS PTE LTD
Tarikh Sah Sijil
[01/12/2009 - 30/11/2011]

99. F&N DAIRIES (M) SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[01/12/2009 - 30/11/2011]

100. FEDERAL AGRICULTURE MARKETING AUTHORITY (FAMA)
Tarikh Sah Sijil
[01/12/2009 - 30/11/2011]

101. FRIZZ STATION SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[01/12/2009 - 30/11/2012]

102. ISL MULTI-TRADE SDN. BHD.
Tarikh Sah Sijil
[01/12/2009 - 30/11/2011]

103. KAMPONG KOH SAUCE (M) SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[01/12/2009 - 30/11/2011]

104. KEBUN RIMAU SDN. BHD.
Tarikh Sah Sijil
[01/12/2009 - 30/11/2011]

105. KHH DOUBLE LION FRUIT JUICE MANUFACTURING SDN. BHD.
Tarikh Sah Sijil
[01/12/2009 - 30/11/2011]

106. KILANG MAKANAN MAMEE SDN BHD (SUBANG)
Tarikh Sah Sijil
[01/12/2009 - 30/11/2011]

107. KINETIC FOOD PROCESSING SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[01/12/2009 - 30/11/2012]

108. LEA MIND (M) SDN. BHD.
Tarikh Sah Sijil
[01/12/2009 - 30/11/2012]

109. MA BO FOOD INDUSTRIES SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[01/12/2009 - 30/11/2011]

110. MB NUTRACEUTICALS SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[01/12/2009 - 30/11/2011]

111. MONIN ASIA KL SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[01/12/2009 - 30/11/2011]

112. MUI HIONG FOODSTUFF CO.
Tarikh Sah Sijil
[01/12/2009 - 30/11/2011]

113. NESTLE ASEAN (MALAYSIA) SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[01/12/2009 - 30/11/2011]

114. PERNIAGAAN SENG HUAT
Tarikh Sah Sijil
[01/12/2009 - 30/11/2011]

115. PJ NATURAL FOOD PRODUCT SDN. BHD.
Tarikh Sah Sijil
[01/12/2009 - 30/11/2011]

116. PREMIUM VEGETABLE OILS SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[01/12/2009 - 30/11/2011]

117. RAPAT NUSANTARA SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[01/12/2009 - 30/11/2011]

118. SB MARINE PRODUCTS SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[01/12/2009 - 30/11/2011]

119. SIN TAI HING OYSTER SAUCE FACTORY SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[01/12/2009 - 30/11/2011]

120. SIREH EMAS MARKETING SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[01/12/2009 - 30/11/2011]

121. TA LIAN FOOD INDUSTRIES SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[01/12/2009 - 30/11/2011]

122. TEO SOON SENG PTE LTD (SINGAPORE)
Tarikh Sah Sijil
[01/12/2009 - 30/11/2011]

123. TS FOOD INDUSTRY SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[01/12/2009 - 30/11/2011]

124. TSL BESTMAS MANUFACTURING SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[01/12/2009 - 30/11/2011]

125. YU-AI FOOD INDUSTRIES SDN BHD
Tarikh Sah Sijil
[01/12/2009 - 30/11/2011]
Logged



http://pdkmutiaralabuan.blogspot.com/

Murahkanlah SENYUMAN - Sebarkanlah SALAM
longjack
Sr. Member
****
Offline Offline

Posts: 278



View Profile WWW
« Reply #33 on: March 12, 2010, 03:02:36 PM »

10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sekiranya Anda Ditahan Polis

1. BAGAIMANA MENDEFINASIKAN ISTILAH ‘DITAHAN’? HANYA APABILA …

a. Polis berkata kepada anda, “Anda ditahan”
b. Polis menggari tangan anda
c. Anda dilarang dari meninggalkan sesebuah bilik, kawasan atau sebagainya oleh pihak polis

2. BAGAIMANA SEKIRANYA ANDA DITAHAN OLEH PIHAK POLIS (semasa berjalan, memandu pulang dsb.)

a. Anda mungkin akan disoal. HANYA berikan butir-butiran diri anda seperti nama, nombor kad pengenalan, alamat. Anda juga mungkin akan diminta menunjukkan kad pengenalan diri anda
b. Anda tidak perlu menjawap lain-lain soalan
c. Biasakan bertanya pengenalan diri polis yang berkenaan. Sentiasa catatkan nama dan nombor kad pengenalan mereka.
d. Catatkan nombor kenderaan ronda mereka

3. JIKA ANDA DITANYA LAIN-LAIN SOALAN
a. Tanya kepada polis berkenaan, “Adakah saya ditahan?”
b. Sekiranya mereka berkata “Ya”, jangan menjawap apa-apa lagi soalan yang diajukan kepada anda. Adalah menjadi hak anda untuk menjawap apabila berada di mahkamah sahaja.
c. Sekiranya mereka berkata “Tidak”, anda boleh beredar pada bila-bila masa sahaja.


4. JIKA ANDA DITAHAN

a. Beritahu orang-orang yang berhampiran dengan anda
b. Sekiranya anda mempunyai telefon bimbit, telefon rakan, keluarga atau peguam anda. Sekiranya anda ditahan di kawasan diantara Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Dataran Merdeka, besar kemungkinan anda akan dibawa ke balai polis Dang Wangi (Stadium) dan balai polis Campbell. Minta kawan anda, keluarga atau peguam anda pergi ke balai polis Dang Wangi dahulu untuk mengesahkan penangkapan anda dan dimana anda berada.
c. Catatkan / ingatkan waktu anda ditahan

5. KETIKA DITAHAN, PIHAK POLIS MESTI MEMBERITAHU ANDA

a. Mengapa anda ditahan

6. SELEPAS DITAHAN

a. Pihak polis hanya boleh menahan anda didalam lokap selama 24 jam sahaja, tidak kira samada pada hari cuti am atau pada hujung minggu. Ini adalah hak PERLEMBAGAAN anda. Selepas tempoh masa 24 jam berakhir, pihak polis mesti membawa anda ke hadapan majistret untuk direman (dimana anda mesti tinggal di lokap polis bagi ‘membantu’ siasatan mereka). Jika tidak, anda akan dilepaskan samada atas jaminan (jamin mulut) atau akan didakwa di mahkamah. Sebaik sahaja didakwa, anda perlukan penjamin dan wang jaminan kecuali ianya bukan dakwaan yang berjamin

b. Anda tidak boleh membawa sebarangan barang-barang ke lokap kecuali pakaian yang sedang anda pakai ketika itu. Apabila pihak polis mengambil barang-barang anda, anda mesti menurunkan tandatangan untuknya. Sekiranya anda mempunyai wang atau kad bank / kredit, pastikan anda mengira duit anda dan pastikan polis tersebut mencatatkan jumlah yang anda ada, dan apa kad bank / kredit yang anda miliki.

c. Anda mungkin diminta memberi kenyataan 113 (kenyataan peringatan). Pegawai polis yang mengambil kenyataan tersebut mestilah membacakan hak-hak anda

7. SOAL SIASAT POLIS

a. Berhati-hatilah semasa menjawap soalan-soalan yang diajukan oleh pihak polis. Ia mungkin dalam bentuk soalan-soalan mesra yang biasa seperti cuaca, keluarga anda dsb. untuk menenangkan anda. fikir berulang kali sebelum menjawap kerana ia boleh digunakan untuk menentang anda semasa dimahkamah nanti. Ingat, kerja polis ialah memastikan mereka mempunyai cukup bukti untuk mendakwa anda, dan bukannya untuk mempunyai perbualan yang mesra.

b. Sekiranya pihak polis meminta anda memberikan kenyataan 113, anda mesti memberikan butir-butiran anda seperti nama anda, nombor kad pengenalan dsb. dan pastikan anda tahu nama pegawai polis tersebut. Jika terdapat lain-lain soalan, kami BETUL-BETUL nasihatkan anda supaya tidak menjawapnya sehingga hari perbicaraan anda dimahkamah, dan ketika bersama-sama dengan peguam anda. Itu adalah hak anda! Apa sahaja yang anda kata, boleh digunakan untuk menentang anda ataupun rakan-rakan anda. Anda boleh menjawap semua soalan-soalan lain tersebut seperti ini:

S: adakah anda berada di Dataran petang tadi?
J: saya hanya akan menjawap semua soalan di mahkamah
S: bagaimana anda datang ke Dataran petang tadi?
J: saya hanya akan menjawap semua soalan di mahkamah
S: adakah ibu anda menyediakan bekalan sebelum anda keluar?
J: saya hanya akan menjawap semua soalan di mahkamah

c. Sekiranya pegawai polis yang mengambil kenyataan anda mengancam anda secara percakapan mahupun kelakuan, anda mestilah berhenti dari memberikan kenyataan anda dengan segera. Bertenang dan beritahunya “Saya tidak boleh meneruskan kenyataan saya kerana awak telah mengancam keselamatan saya. Saya mahu ini dicatatkan kedalam kenyataan saya.” Sekiranya pegawai polis itu tidak mencatatkan bantahan anda tersebut, tunggu sehingga ke akhir kenyataan anda. Tetapi sekiranya pegawai polis tersebut masih terus mengancam anda, tinggalkan bilik tersebut dan beritahu pegawai polis yang lain dan minta ‘perlindungan’ mereka.

d. Apabila anda telah habis menjawap soalan, pegawai polis akan membenarkan anda membaca kenyataan anda tersebut. Dia akan bertanya samada anda mempunyai apa-apa yang ingin ditambah, ditukar atau dipadamkan. Inilah masanya anda membetulkan apa-apa kesilapan atau atau menambah lain-lain komen didalam kenyataan itu. Contohnya, jika anda telah diancam sewaktu soal siasat atau diserang semasa penahanan anda dsb. ini adalah satu lagi peluang untuk anda menyatakannya. Pegawai polis berkenaan mesti menaip semua itu. Anda akan diminta untuk menandatangani kenyataan anda tersebut. Baca semula dengan teliti dan tandatangan sedekat yang boleh dibawah perenggan yang terakhir, supaya tiada siapa yang boleh menokoktambahnya lagi.

8. SEKIRANYA ANDA DIBAWA KE DEPAN MAJISTRET (Untuk Direman)

a. Sekiranya anda tidak mempunyai peguam, anda mesti meminta wakil peguam. Pusat Bantuan Guaman ada menempatkan peguam-peguamnya dimahkamah bagi tujuan ini.

b. Beritahu majistret sekiranya anda ada mempunyai apa-apa rungutan seperti sekiranya anda di pukul, diancam; sekiranya anda sakit, perlukan rawatan perubatan dsb.

9. SEKIRANYA ANDA DIBAWA KE DEPAN MAJISTRET (Untuk Dakwaan)

a. Sekali lagi, anda mesti meminta wakil peguam

b. Pastikan anda mempunyai seseorang untuk menjamin anda keluar. Sekiranya anda tidak dapat menghubungi keluarga atau rakan anda, minta kebenaran dari majistret untuk membantu anda menghubungi keluarga anda. Jika tidak, anda boleh meminta bantuan peguam anda. Keluarga anda akan perlu membawa duit untuk menjamin anda keluar, yang mana mestilah dalam bentuk pembukaan akaun di bank yang terletak paling dekat dengan mahkamah tersebut. Tanya peguam anda atau majistret dimanakah letaknya bank tersebut. Tidak ada bentuk bayaran lain seperti bayaran tunai atau cek yang akan diterima oleh mahkamah.

10. SEKIRANYA ANDA DIPUKUL SEMASA DALAM TAHANAN

a. Selepas anda dibebaskan atas jaminan, pastikan anda pergi ke mana-mana klinik kerajaan atau hospital untuk menjalani pemeriksaan kesihatan. Pastikan anda tahu nama doktor yang bertugas dan nombor rujukan laporan kesihatan anda supaya ia boleh digunakan dimahkamah kemudian.

b. Sekiranya anda masih dalam reman, pastikan anda memberitahu majistret yang berkenaan bahawa anda perlu pergi ke hospital atau ke klinik.

Oleh SUARAM.
Logged



http://pdkmutiaralabuan.blogspot.com/

Murahkanlah SENYUMAN - Sebarkanlah SALAM
longjack
Sr. Member
****
Offline Offline

Posts: 278



View Profile WWW
« Reply #34 on: March 12, 2010, 03:14:57 PM »

Sila Baca Tarikh Disini Dan Fikirkanlah Kerana..........

(27-11-2009) Hari raya aidiladha "hari Jumaat"

(18-12-2009) Tahun baru hijrah "hari Jumaat"

(25-12-2009) Hari krismas "hari Jumaat"

(1-1-2010) Tahun baru "hari Jumaat"

(26-2-2010) Maulidur rasul "hari Jumaat"

(2-4-2010) Good friday "hari Jumaat"

(28-5-2010) Hari wesak "hari Jumaat"

(10-9-2010) Hari raya Aidilfitri "hari Jumaat"

(27-8-2010) Nuzul Al-Quran "hari Jumaat"

(5-11-2010) Depavali "hari Jumaat"


Adakah KIAMAT sudah hampir?Huh

Dalam Al-Quran Allah telah berfirman bahawasanya KIAMAT terjadi hari JUMAAT!!!!

Banyak² kita beristighfar dan berdoa pada Allah semoga dosa² di kita ampuni..

22 Tanda Kiamat Semakin Hampir

1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).

2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui internet, iklan, buku, gambar, risalah atau filem.

3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,

16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.

21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

Dunia Di Penghujung Nyawa

1) Penaklukan Baitulmuqaddis.

Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda:

'Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.'Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis. '
- Sahih Bukhari

~ dah jadi dah...

2) Zina bermaharajalela.

'Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan
persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.'- Sahih Muslim

~ dah nampak dah...

3) Bermaharajalela alat muzik.

'Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka'. Ada yang bertanya kepada Rasulullah;

'Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?'Baginda menjawab: 'Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi² wanita'- Ibnu Majah

~ Mentor , Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah Muzik...

4) Menghias masjid & membanggakannya.

'Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid'- Riwayat Nasai..

~ memang dah nampak dah...

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.

'Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam
tetangga.'- Riwayat Ahmad dan Hakim.

~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu......

6) Ramai orang soleh meninggal dunia.

'Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran' - Riwayat Ahmad

~ boleh kira berapa jer para ulama'yg tinggal...

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.

'Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka'bin Luka'(orang yang ***** & hina).
Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia'- Riwayat Thabrani

~ George Bush, Ariel
Sharon & kat Malaysiapun ada....

Cool Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.

'Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.'- Riwayat Ahmad

~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa...

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. 'Di antara anda² telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang'.

~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc..)...

10) Bulan sabit kelihatan besar.

'Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.'- Riwayat Thabrani

~ tak caya gi tengok....

11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.

'Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu' - Sahih Muslim

~ Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar2 harian & majalah² yg popular skarang nie......

12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.

'Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak
kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.'-Riwayat Ahmad

~ tengok kes peperangan Iraq ...

13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.

'Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai²'- Sahih Muslim

~ Dubai dah turun salji... Mina dah kene banjir...

TOLONG SAMPAIKAN KEPADA TEMAN² LAIN!

Dari Abdullah bin 'Amir r.a., Rasulullah s.a.w....bersabda:

'Sampaikanlah pesanku biarpun 1 ayat...'

PENGERTIAN MAKSUD IMAN

- DARI SEGI BAHASA :
Yakin Dan Percaya

- DARI SEGI ISTILAH :
Membenarkan di hati, mengakui dengan lidah dan
BERAMAL DENGAN ANGGOTA

"Jangan setakat membaca tapi cuba la menghayati, jangan setakat tahu tapi cuba la mengamalkan apa yang dah tahu, jangan setakat fikirkan kebaikan untuk diri sendiri tapi fikirkan la jugak kebaikan untuk orang lain terutama orang-orang terdekat yang disayangi."
Logged



http://pdkmutiaralabuan.blogspot.com/

Murahkanlah SENYUMAN - Sebarkanlah SALAM
longjack
Sr. Member
****
Offline Offline

Posts: 278



View Profile WWW
« Reply #35 on: March 12, 2010, 03:35:14 PM »



Doa Nurun Nubuwwah



Ertinya:
“Ya Allah, Zat Yang memiliki kekuasaan yang agung, yang memiliki anugerah yang terdahulu, memiliki wajah yang mulia, menguasai kalimat-kalimat yang sempurna, dan doa-doa yang mustajab, penanggung Hasan dan Husain dari jiwa-jiwa yang haq, dari pandangan mata yang memandang, dari pandangan mata manusia dan jin. Dan sesungguhnya orang-orang kafir benar-benar akan menggelincirkan kamu dengan pandangan mereka, ketika mereka mendengar Al-Quran dan mereka berkata: “Sesungguhnya (Muhammad) benar-benar orang yang gila, dan al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh umat. Dan yang mengijabahi Luqmanul Hakim, dan Sulaiman telah mewarisi Daud a.s. Allah adalah Zat Yang Maha Pengasih lagi memiliki singgasana yang Mulia, panjangkanlah umurku, sihatlah jasad tubuhku , kabulkan hajatku, perbanyakkanlah harta bendaku dan anakku, cintakanlah semua manusia dan jauhkanlah permusuhan dari anak cucu Nabi Adam a.s., orang-orang yang masih hidup dan semoga tetap ancaman siksa bagi orang-orang kafir. Dan katakanlah : “Yang haq telah datang dan yang batil telah musnah, sesungguhnya perkara yang batil itu pasti musnah”. Dan Kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman, dan Al-Quran tidak akan menambah kepada orang-orang yang berbuat aniaya melainkan hanya kerugian. Maha Suci Allah Tuhanmu Tuhan Yang Maha Mulia dari sifat-sifat yang di berikan oleh orang-orang kafir. Dan semoga keselamatan bagi para Rasul. Dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam.”

Di katakan memiliki khasiat yang banyak sekali dan sangat menakjubkan terhadap siapa yang suka membaca dan mengamalkannya dengan ikhlas hati benar-benar kerana Allah.
Dan di antara khasiat –khasiatnya adalah seperti berikut;

(1) Pelindung dari Sihir.

Di riwayatkan , bahawa Rasulullah SAW bersabda setelah solat Subuh ketika duduk-duduk bersama para sahabat di Masjidil Haram, tiba-tiba datanglah Malaikat Jibril a.s. membawa doa Nurun Nubuwwah, seraya berkata : ”Wahai Rasulullah, aku telah di utus oleh Allah Subhanahu Wa Taala untuk menyampaikan doa ini kepadamu / Rasulullah”. Selanjutnya beliau bersabda :”Doa Nurun Nubuwwah ini banyak sekali faedahnya bila di baca dan diamalkan. Dan apabila tidak dapat membaca atau tidak hafal, maka cukuplah ditulis, kemudian tulisan tersebut disimpan dalam rumah, maka Allah akan senantiasa memberikan perlindungan kepada penghuni rumah itu dari sihir / tenung atau penyakit.

(2) Hajat Tercapai.

Barangsiapa yang membaca dan mengamalkan doa ini secara istiqamah pada setiap selesai solat sekurang-kurangnya sekali, maka Insya Allah apa pun hajatnya akan segera terlaksana.

(3) Penyelamat dari gangguan makhluk halus.

Bilamana doa Nurun Nubuwwah ini ditulis pada kertas lalu tulisan tersebut di letakkan pada tanaman, Insya Allah tanaman tersebut akan selamat dari hama, apabila di letakkan pada tempat-tempat yang menakutkan atau pada tempat-tempat yang ditempati syaitan atau iblis, jin atau hantu dan segala macam jenis makhluk halus, maka dalam waktu singkat mereka akan bubar dan minggat tanpa kembali lagi.

(4) Dimuliakan orang

Rasulullah SAW bersabda , ”Jika kamu ingin dimuliakan oleh orang lain, maka bacalah Doa Nurun Nubuwwah.”

(5) Pengasih

Bilamana anda ingin mendekati raja / menteri atau orang yang berpangkat atau berkumpul dengan orang banyak maka bacalah doa ini pada tiap hari sekurang-kurangnya sekali, Insya’Allah semua orang yang anda dekati itu akan menaruh kasih sayang.

(6) Air masin menjadi tawar

Bilamana anda pergi belayar naik perahu, kemudian disitu anda kehabisan air minum, maka bacalah doa ini pada air laut, Insya’Allah air laut yang semulajadi masin itu berubah menjadi tawar dan boleh anda minum.

(7) Bertemu para nabi.

Rasulullah SAW bersabda: ”Barangsiapa yang ingin bertemu dengan para Nabi, maka bacalah doa Nurun Nubuwwah sebanyak seratus kali, kemudian tidur, Insya’Allah akan mimpi bertemu dengan para Nabi, di samping itu siapa pun pun yang melihatnya akan menaruh kasih sayang, dan hendaknya tidak terhenti dalam mewiridkan doa Nurun Nubuwwah ini hingga sampai anak cucu.

(Cool Penyembuh Kesakitan.

Bilamana ada orang sakit, maka bacalah doa ini pada minyak (minyak kelapa / sawit wijen), kemudian sapukan pada tempat yang sakit, Insya’ Allah akan lekas sembuh.

(9) Mengubat dari kerasukan.

Bilamana ada orang di rasuk hantu, syaitan dan jin, atau gila, maka cara mengubatinya adalah sebagaimana di atas.

(10) Kuat berjalan

Bilamana anda ingin kuat berjalan, bacalah doa tersebut pada daun sirih yang bertemu ruasnya, kemudian sapukanlah mulai dari kepala hingga kaki, Insya’Allah anda akan kuat berjalan walau sejauh perjalanan yang anda tempuh itu.

(11) Turun hujan.

Bilamana akan turun hujan dalam suatu perjalanan, agar anda tidak kehujanan, maka bacalah doa tersebut, Insya’Allah tidak jadi turun hujan.

(12) Pengaman bagi orang bertengkar

Bilamana ada orang yang bertengkar, sedang anda ingin melerainya maka bacalah doa ini, Insya’Allah orang yang bertengkar itu akan berhenti dan akhirnya saling memaafkan.

(13) Musuh menjadi takut

Bilamana anda pergi berperang (fisabilillah), bacalah doa ini, Insya’ allah tidak di kejar musuh, bahkan musuh akan lari tunggang langgang ketika bertemu dengan anda.

(14) Sulit bersalin.

Bilamana ada wanita bersalin yang sulit, maka bacalah doa ini pada pinggang atau mangkuk putih yang berisi air, kemudian airnya diminumkan, Insya’ Allah bayinya akan segera keluar tanpa kesulitan yang di derita oleh sang ibu.

(15) Sakit mata

Bilamana ada orang sakit mata, maka bacalah doa ini lalu tiupkan pada mata yang sakit itu. Insya’allah akan lekas sembuh.

(16) Penawar gigitan ular

Bilamana ada orang digigit ular, atau kena sengatan binatang berbisa, atau kena racun dan penyakit lain, maka bacakanlah doa tersebut pada tempat yang terkena gigitan atau sengatan itu, Insya’ Allah akan lekas sembuh.

(17) Raja Jin.

Bilamana anda ingin mendatangkan raja jin, maka bacalah doa ini sebanyak seratus kali dalam keadaan tidak berhadas (suci), baik suci badan dan tempat, kemudian masuk ditempat yang sepi pada malam Jumaat. Insya’ Allah anda akan dijumpai oleh si raja jin itu.

(18) Terhindar dari Kekufuran.

Bilamana anda membaca doa ini pada malam Jumaat sebanyak lima puluh kali, Insya’Allah akan terhindar dari kekufuran, bid’ah dan dijauhkan dari perbuatan buruk.

(19) Menjumpai Jin.

Suatu keajaiban yang luar biasa bilamana ada jin yang ingin menyerupai manusia, maka jadi lah ia manusia lantaran berkah-Nya doa Nurun Nubuwwah ini, begitupun manusia jika ingin menjumpai jin, maka ia mengamalkan doa tersebut.

(20) Penyelamat siksa neraka.

Bilamana doa ini di baca setiap hari, maka akan selamat dari siksa neraka, selamat dunia akhirat dan terhindar dari godaan syaitan.

(21) Ingin mimpi yang indah.

Bilamana anda ingin mimpi yang indah, maka bacalah doa ini pada malam Sabtu, sebanyak seratus kali, Insya Allah akan tercapai.

(22) Awet Muda

Bilamana anda baca pada malam Minggu, maka anda boleh awet muda walau usia sudah lanjut.

(23) Memberi keselamatan.

Bilamana anda baca pada malam Isnin, maka Allah akan memberikan keselamatan kepada anda, dijauhkan dari malapetaka.

(24) Menjadi kuat

Bilamana anda baca pada malam Selasa, maka anda akan menjadi kuat, serta terjauh dari penyakit.

(25) Gigitan yang kuat

Bilamana anda baca pada malam Rabu, maka gigi anda akan menjadi kuat, serta terjauh dari penyakit.

(26) Penyeri wajah.

Bilamana anda baca pada malam Khamis, maka wajah anda bertambah elok sehingga banyak wanita yang terpikat.

(27) Binatang menjadi patuh.

Bilamana anda baca pada malam Jumaat, maka semua binatang yang buas akan menjadi patuh terhadap anda.

(28) Melamar wanita.

Bilamana anda ingin melamar seorang wanita, maka berpuasalah sehari dan malamnya jangan tidur, kemudian bacalah doa ini terus menerus di tempat yang sunyi, Insya’Allah lamaran anda di terima.

(29) Harta dunia.

Bilamana anda ingin harta dunia, maka bacalah doa ini pada kunir (kunyit putih / temu) kemudian tanamlah di tanah, Insya’Allah akan jadi emas, tapi jangan berbicara atau beritahu orang lain.

Logged



http://pdkmutiaralabuan.blogspot.com/

Murahkanlah SENYUMAN - Sebarkanlah SALAM
longjack
Sr. Member
****
Offline Offline

Posts: 278



View Profile WWW
« Reply #36 on: March 17, 2010, 11:04:14 PM »

Berjaga-gaja Ubat Dari Sumber Khinzir



Terdapat ubat-ubat yang bersumberkan unsur babi dan diguna oleh rakyat Malaysia khususnya Islam. senarai ubatnya ialah :


No. Nama ubat/Kegunaan/Vendor diMalaysia


1. Kenalog in orabase Ulcer mulut Diethelm oral paste


2. Drixoral (tablet) Selsema Zuellig Pharma


3. Clexane (injection) Mencairkan darah Diethelm


4. Fraxiparine (injection) Mencairkan darah Zuellig Pharma


Nama saintifik babi ialah Porcine. Diharap saudara Islam kita berhati-hati serta tanya doktor atau pharmacist ubat yang akan disuntik (inject) kedalam tubuh kita atau yang kita beli dikedai serta baca apa campuran kandungan yang ada dalam ubat tersebut. Kalau ada senarai yang lain … akan diberitahu secepat mungkin.


Masfiza bt. Abdul Hamid
Penolong Pengarah
Bahagian Pembangunan Organisasi & Teknologi
Maklumat(POTM)
Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan Kementerian Kesihatan Malaysia
Logged



http://pdkmutiaralabuan.blogspot.com/

Murahkanlah SENYUMAN - Sebarkanlah SALAM
longjack
Sr. Member
****
Offline Offline

Posts: 278



View Profile WWW
« Reply #37 on: March 24, 2010, 10:30:07 PM »

KFC DIJAMIN HALAL

Saya ingin merujuk kepada khabar/ berita yang sengaja disebarkan melalui e-mail dan internet mengenai KFC seperti:-

- sijil halal KFC ditarik balik;
- Ayam di KFC tidak Halal;
- Jawapan pengesahan JAKIM tidak seragam, dan;
- Lain-lain berita yang bercorak palsu dan fitnah.

Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kerana minat dan tumpuan yang banyak diberikan kepada KFC. KFC Holdings (Malaysia) Bhd [KFCH] ialah sebuah syarikat multinational yang menyediakan berbagai produk makanan seperti KFC, Pizza-Hut, Rasa Gourmet, Tastebuds, Bakers Street, sos cili, sos tomato dan pengeluar roti yang bukan sahaja mengeluar produk terbaik tetapi juga memberi jaminan disegi mutu dan kehalalan. Proses “Halalan Taiyiba” seperti sistem pemerosesan, pengeluaran, bahan ramuan, pengangkutan dan hidangan adalah telus dan terjamin bersih dan suci. Bukanlah hasrat dan matlamat syarikat untuk menipu pelanggan dengan apa carapun, apalagi dalam hal yang bersangkutan hukum Agama.

Segala tuduhan dan khabar/ berita yang ditimbulkan adalah tidak benar dan tidak berasas. Cara pemberitaan juga tidak bertanggungjawab dan timbul daripada maklumat yang salah atau daripada kecetekan ilmu mengenai perkara berkenaan, khususnya cara pengeluaran logo halal daripada JAKIM dan logo Halal di KFCH, serta Akta Perihal Dagangan 1972, pindaan 1975..

Sukacita ditegaskan bahawa konsep “Logo Halal” JAKIM tidak berbangkit kerana tidak menjadi syarat makanan halal. Semua makanan adalah halal melainkan ada bukti yang jelas menunjukkan ia haram. Konsep halal perlu difahami dengan jelas.

Akta Perihal Dagangan 1972 dan Pindaan 1975, jelas memberi hak penglabelan halal kepada pengeluar/ penjual produk. Ia juga memberi hak kepada pengguna untuk membuat aduan sekiranya pengeluar/ peniaga menipu pengguna. JAKIM telah diberi persetujuan oleh semua Jabatan Agama bagi menyelaraskan simbol/ logo “Halal” bagi produk peringkat Nasional. Dalam konteks ini JAKIM tidak ada “hak undang-undang” selain daripada menyelaras pentadbiran bagi memudahkan umat Islam disegi keseragaman lambang/ simbol. Banyak yang tidak faham tentang “Akta Perihal Dagangan 1972”. Akta ini tidak mewajibkan mana-mana syarikat memohon dan mempamerkan logo JAKIM direstoran atau premisnya. Tugas JAKIM (jika adapun) dan Jabatan Agama Islam Negeri ialah mempastikan syarikat-syarikat yang meletakkan ‘tanda Halal’ mematuhi akta berkenaan. Tindakan jika ada penipuan hanya boleh dibuat oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna.

Dalam konteks KFC, tidak timbul soal Sijil Halal ditarik balik kerana KFCH tidak lagi memohon sijil berkenaan, sejak 1997 iaitu selepas saja pengeluaran sijil halal ini diswastakan. KFCH ada mengambil dan mempamerkan logo JAKIM sejak mula dikeluarkan (1994) hingga akhir 1999 iaitu tarikh tempoh laku sijil berakhir. Selepas itu KFCH mempamer logo sendiri “Dijamin Halal” yang disahkan dan diperakukan oleh panel Majlis Penasihat Syariah (MPS) KFCH sendiri. Tindakan ini adalah selaras dengan kehendak undang-undang (Akta Perihal Dagangan 1972, Pindaan 1975).

KFCH tidak bersetuju dengan penswastaan pengeluaran logo halal kerana:-

- harga yang tidak wajar; (bukan tidak mampu bayar)
- memperdagang/ komersialkan konsep dakwah/ agama;
- salah disisi undang-undang;
- tidak ada khidmat yang ditawarkan;
- kepakaran syarikat swasta yang meragukan;
- perkhidmatan yang lemah dan lembab.

Sukacita ditegaskan bahawa KFCH percaya bahawa jaminan halal tidaklah semata-mata terletak pada logo “JAKIM’ tetapi lebih kepada bagaimana proses sesuatu makanan itu dihasilkan. Logo halal boleh ditiru dan ditipu. Bolehkah agensi JAKIM memeriksa dan memantau premis perniagaan dan pengeluaran yang begitu banyak. Lainlah kalau pemeriksaan diperingkat pengeluaran produk.

KFCH menubuhkan MPS bagi menasihati dan memantau segala proses halal berlaku daripada awal hingga sampai kepada pengguna. Bukan sahaja ada MPS tetapi KFCH juga mempunyai Pegawai Agama sepenuh masa bagi tugas ini. Semua ahli MPS ini berkelayakan tinggi disegi agama. KFCH adalah satu-satunya syarikat yang ada MPS. Inilah jaminan yang selaras dengan semangat Akta Perihal Dagangan 1972, pindaan 1975, iaitu jaminan halal daripada syarikat yang berwibawa, telus dan bersistem. Sistem di KFCH telus, terbuka dan boleh diuji, dilihat dan diperiksa oleh khalayak ramai.

KFCH ialah syarikat bersepadu yang memproses ayam daripada telur, anak ayam, ladang ayam, makanan ayam, memproses ayam dan menjualnya dipasaraya dan restoran. setiap tahun, kita menyembelih kira-kira 2.2 hingga 2.4 juta ayam.

Kilang pemerosesan ayam KFCH iaitu Ayamas Food Corporation Bhd (AFCB) iaitu salah sebuah anak syarikat KFCH adalah yang terbaik di Malaysia. Ini telah diperakui oleh Jabatan Haiwan, JAIS dan JAKIM. Malahan kerajaan Brunei Darussalam mengimport ayam proses keluaran AFCB. Kita sangat berbangga menjadi satu-satunya syarikat yang diyakini oleh Kerajaan Brunei, yang sangat teliti dalam menentukan status halal dan hanya yakin kepada syarikat KFCH. Berbagai berita dan khabar fitnah yang direka dan dilemparkan kepada KFCH tanpa asas, sedangkan AFCB diiktiraf oleh Jabatan Haiwan dan mencapai ISO9000. Jaminan mutu yang dikenakan oleh Jabatan Haiwan yang berada dikilang sepanjang masa operasi dan dibantu oleh pegawai QC daripada AFCB sangatlah ketat. Ini boleh dirujuk kepada jabatan berkenaan.

Jawapan yang tidak tegas dan mengelirukan daripada JAKIM juga menunjukkan peranan dan kefahaman yang lemah dikalangan pegawai berkenaan. Sijil halal daripada agensi berkenaan selepas diswastakan bukan diberi tetapi dijual. Apakah hak JAKIM untuk tarik balik? Disegi Akta Perihal Dagangan 1972 JAKIM perlu akui semua simbol/ lambang halal yang dipamerkan selagi ia tidak berjaya menunjukkan ia tidak halal.

Pameran logo halal tidak menjamin produk mesti halal, kerana terdapat logo tiruan dan penipuan berlaku dan diakui oleh pegawai JAKIM dan Kementerian Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna.

Jaminan halal ialah pemantauan yang berterusan daripada JAKIM atau JAIN serta tanggungjawab daripada peniaga. Apakah akauntabiliti disegi Agama bagi peniaga bukan Islam? Sudah pasti matlamatnya ialah keuntungan yang banyak atas jaminan Halal agensi berkenaan. KFCH telah meneliti hal ini dan membuat tindakan yang betul dengan penubuhan MPS. AJK ini tidak dibayar gaji dan tidak terikat dengan KFCH, tetapi bersedia memberi teguran dan nasihat kerana nasihat dan pandangan mereka memberi faedah yang besar kepada masyarakat umum. Kesediaan dan keiklasan mereka yang berkaliber ini amat dihargai dan dikagumi.

Sukacita dinyatakan bahawa KFCH hanya tidak memohon dan mempamerkan logo JAKIM direstoran-restoran di bawah KFCH (KFC, Pizza-Hut, Tastebuds, Rasa Gourmet, Bakers Street dan Ayamas).

Semua ini ialah tempat-tempat jualan. Bagi produk-produk seperti ayam, nugget, burger, roti, kentang putar, sos cili, tomato dan sebagainya, semuanya masih memakai pengesahan JAKIM dan sijil dipamerkan.

Secara logik, KFCH ialah rangkaian restoran yang berasaskan dapur berpusat/ prosesan barang asas berpusat, di mana segala keperluan dan bahan yang dijual dihantar terus daripada pusat. Segala restoran hanya memproses, memasak dan menghidangkan. Jika segala bahan telah disahkan halal maka sudah tentu semua restoran juga halal. Disegi peraturan, logo boleh dipamerkan tetapi kerana logo diperdagangkan maka, ia perlu memohon lagi dengan bayaran lain. KFCH ingin membetulkan persepsi masyarakat tentang konsep halal ini “Yang Halal tetap Halal”. Logo yang diberi dengan harga yang mahal atas nama agama bukan menyelesaikan masalah tetapi merosakkan konsep halal itu sendiri.

Dalam konteks KFCH, sistem perniagaan dan penyediaan bahan makanan itu sendiri yang telus dan terbuka memberi jaminan “Halalan Taiyiba” Kepada mereka yang suka menyebarkan berita, diharap teliti dahulu sumber dan periksa dahulu kebenarannya. Elak diri daripada menyebar fitnah. Semoga kita bahagia dan dirahmati Allah.


Disediakan oleh;

HAJI MOHAMAD BIN HAJI SHAFIE
Penasihat Hal Ehwal Awam
Merangkap Setiausaha Majlis Penasihat Syariah
KFC Holdings (Malaysia) Bhd
Wisma KFC
Kuala Lumpur

http://www.umno-reform.com/feb03/kfc_dijamin_halal.htm
Logged



http://pdkmutiaralabuan.blogspot.com/

Murahkanlah SENYUMAN - Sebarkanlah SALAM
longjack
Sr. Member
****
Offline Offline

Posts: 278



View Profile WWW
« Reply #38 on: April 17, 2010, 12:12:38 PM »

BUAT PERINGATAN BERSAMA.......MELANGKAH KEALAM MAHSYAR

1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecualiIzrail & beberapa malaikat yg lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa”. Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula diatas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.

5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka(bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah Ta’ala. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

10. Terdapat satu kolam ( Huh ) kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
1. Pemimpin yang adil.
2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
3. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.
4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orangramai).
7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah Ta’ala. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah saw. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s.a.w. ke hadrat Allah Ta’ala. Lalu diperkenankan doa baginda.

4. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

15. ‘Arasy ( Huh ) ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

16. Kursi ( Huh? ) iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin di tengah padang. Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitabamalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

18. Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

19. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s.a.w., dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

20. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

21. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

22. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad s.a.w dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

23. Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

24. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata-kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan diadili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

25. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

26. Syafaat Nabi Muhammad s.a.w. di akhirat :
a. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
b. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
c. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka. Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah Ta’ala.

27. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70,000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70,000 orang yang lain.

28. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian)yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

29. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

10. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan:Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-Fathani.Pustaka Nasional Singapura 2004.
Logged



http://pdkmutiaralabuan.blogspot.com/

Murahkanlah SENYUMAN - Sebarkanlah SALAM
longjack
Sr. Member
****
Offline Offline

Posts: 278



View Profile WWW
« Reply #39 on: April 22, 2010, 01:18:01 PM »

Tabiat Merosakkan Otak

1. Tidak mengambil sarapan pagi

- Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi,
paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan
mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan
menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan

- Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan
mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok

- Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas
atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit
‘Alzheimer’.


4. Penggunaan gula yang berlebihan

- Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu
penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu,
ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara

- Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan
manusia.Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan
bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur

- Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa
tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak
kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur

- Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak
menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding
oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam
keadaan kurang sihat


- Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan
keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada
sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi

- Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak
kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap
kecerdasan/keaktifa n otak menurun.

10. Jarang berfikir

- Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang
aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh
menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.
Logged



http://pdkmutiaralabuan.blogspot.com/

Murahkanlah SENYUMAN - Sebarkanlah SALAM
longjack
Sr. Member
****
Offline Offline

Posts: 278



View Profile WWW
« Reply #40 on: April 22, 2010, 01:29:37 PM »

PUTING KANAK-KANAK ”GINO” MENGANDUNGI BAHAN PENYEBAB KANSER



Jabatan Kastam dan Cukai Hong Kong telah melarang penjualan puting kanak-kanak berjenama “Gino” kerana produk ini mengandungi bahan-bahan yang boleh menyebabkan kanser. Puting kanak-kanak jenama ini mengandungi N-nitrosomorpholine yang berlebihan.

Pegawai Jabatan tersebut telah membuat pemeriksaan di kedai-kedai  yang menjual produk kanak-kanak dan mendapati bahawa puting kanak-kanak jenama “Gino” ini tidak selamat untuk digunakan. Produk ini juga gagal memenuhi keperluan amaran pada pembungkusannya.

Kajian yang dilakukan ke atas haiwan mendapati pendedahan pada N-nitrosomorpholine akan menyebabkan penyakit pada hati dan organ-organ lain, antaranya seperti pertumbuhan tumor pada paru-paru, hidung dan ginjal.

Pengguna dinasihatkan supaya tidak membeli puting kanak-kanak jenama “Gino” ini sekiranya terdapat di pasaran di Malaysia. Laporkan sebarang penjualan produk ini kepada pihak berkuasa atau Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional di talian 03-7877 9000.

Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia
5 April 2010
Logged



http://pdkmutiaralabuan.blogspot.com/

Murahkanlah SENYUMAN - Sebarkanlah SALAM
longjack
Sr. Member
****
Offline Offline

Posts: 278



View Profile WWW
« Reply #41 on: April 24, 2010, 10:55:18 AM »

Kesan Penggunaan Botol Plastik Terhadap Kesihatan



Kecenderungan negara ini menggunakan botol air mineral plastik secara berulang kali untuk menjimatkan kos, sebenarnya boleh mengundang maut.

Ini kerana kajian menunjukkan penggunaan botol dan pembungkus plastik polyvinyl chloride (PVC) berulang kali akan mendedahkan penggunanya terhadap unsur kimia seperti ‘vinyl cloride monomer’ (VCM) dan ‘phthalates’. VCM dikenalpasti mengandungi karsinogen yang boleh menyebabkan barah.


Pensyarah Kesihatan Persekitaran di Jabatan Kesihatan Masyarakat, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Jamal Hisham Hashim, berkata botol plastik air mineral atau minuman ringan hanya boleh digunakan semula sekali atau dua sebelum dibuang.

Selain VCM dan phthalates, bekas plastik mengandungi bahan logam berbahaya seperti kadmium yang digunakan sebagai ‘plastisizer’ iaitu untuk meningkatkan kualiti plastik supaya warnanya cerah dan tidak kekuningan biarpun lama digunakan. Penggunaan secara berulang boleh menyebabkan kadmium di dalamnya terhakis dan mencemarkan makanan atau minuman,” katanya.

“Pembungkus makanan daripada bahan PVC sepatutnya tidak boleh mengandungi lebih daripada satu miligram per kilogram (mg/kg) VCM.

“Makanan yang dibungkus dengan PVC dan dicemari VCM melebihi 0.05mg/kg tidak sesuai dimakan kerana boleh mendatangkan kesan mudarat pada kesihatan,” katanya.

Dr Jamal berkata, beg plastik makanan diperbuat daripada polyethylene (PE) dan PE tidak mengandungi VCM. Jadi penggunaannya tidak menyebabkan barah, namun masih tidak sesuai digunakan berulang-ulang.

Katanya, botol minuman diperbuat daripada polyethylene terephthalate (PET) selamat digunakan dalam keadaan biasa, namun memanaskannya boleh mengeluarkan ‘phthalates’.

Phthalates disyaki boleh meniru hormon manusia, tetapi ia tidak menyebabkan barah, namun ia boleh mengganggu fungsi hormon manusia.

“Jika peraturan ini tidak dipatuhi, ia boleh mendatangkan kesan negatif kepada pengguna. Peraturan mengenai pembungkus dan bekas makanan daripada PVC terkandung di dalam Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985.

“Namun tidak ramai menyedarinya kerana kesedaran terhadap penggunaan barangan plastik untuk pembungkusan atau menyimpan makanan atau air masih rendah,” katanya.

Dr Jamal berkata, penggunaan botol plastik mengundang bahaya lain seperti jangkitan kuman kerana bakteria boleh membiak berikutan bahan itu sukar dicuci bersih dan melekat daki.

“Jika ragu-ragu mengenai jenis plastik yang boleh digunakan secara berulang untuk menyimpan makanan, sila rujuk kepada Bahagian Kawalan Mutu Kementerian Kesihatan,” katanya.

Kenyataan Dr Jamal mengesahkan laporan Buletin Pengguna mengenai bahaya penyalahgunaan botol plastik serta bekas makanan diperbuat daripada stirofom dan polisterin.

Buletin itu diterbitkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dengan kerjasama Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca).

Pengarah Komunikasi Fomca yang juga Timbalan Ketua Sidang Pengarang Buletin Pengguna, Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata pihaknya mengetengahkan bahaya penggunaan botol plastik berulang kali kerana ramai menggunakan botol air mineral sebagai bekas minuman di dalam peti sejuk.

“Lebih berbahaya, ramai menjadikan botol itu sebagai bekas minuman anak ke sekolah, bekal ke pejabat atau untuk beriadah. Sedangkan botol berkenaan hanya boleh digunakan sekali atau dua atau paling lama seminggu sebelum perlu dibuang,” katanya.

Mohd Yusof berkata, kurang pengetahuan dan kesedaran menyebabkan banyak lagi amalan rakyat negara ini mendedahkan mereka kepada pelbagai penyakit kronik.

Katanya, penggunaan kertas akhbar dan majalah, selain bekas makanan diperbuat daripada stirofom atau polisterin, juga boleh mengakibatkan tersebarnya logam ke dalam tubuh.

“Kertas akhbar dan majalah mengandungi timah hitam melebihi had dibenarkan. Apabila timah hitam ini ada dalam tubuh, ia masuk ke saluran pernafasan dan pencernaan, seterusnya sistem peredaran darah sebelum tersebar ke bahagian lain seperti ginjal, hati, otak, saraf dan tulang. Ini cukup berbahaya dan tidak boleh dijadikan pembungkus makanan.

“Bahan pembungkus stirofom dan polisterin pula kini cukup popular, tetapi kajian mendapati ia mengandungi bahan unsur karsinogen,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora Sdn Bhd, Mohamed Siraj Razack, turut memberi amaran mengenai bahaya penggunaan botol plastik, bekas menyimpan makanan serta bahan pembungkus jenis stirofon atau polisterin yang disifatkannya pembunuh senyap.

“Bahan berasaskan plastik itu boleh digunakan sekali dua saja. Jika dibasuh berulang kali, bahagian dalamnya terhakis dan mengeluarkan bahan kimia yang memudaratkan kesihatan,” katanya.

Mohamed Siraj berkata, bahan kimia dalam bekas plastik mudah terhasil apabila terkena cahaya matahari, misalnya botol mineral bagi mengisi air minuman yang ditinggalkan dalam kereta.

“Bekas plastik terbabit sepatutnya dikitar semula untuk dijadikan barangan berasaskan plastik lain yang tiada kaitan dengan makanan.

“Sebaiknya, untuk menyimpan makanan atau minuman, gunakan bahan dibuat khusus untuk digunakan berulang kali, misalnya termos atau jenis plastik tahan panas dan khusus untuk menyimpan makanan,” katanya.

Mohamad Siraj berkata, kepanasan makanan atau minuman yang disimpan dalam bekas plastik tertentu juga boleh menghasilkan bahan kimia yang memudaratkan kesihatan, misalnya amalan minum teh tarik bungkus.

“Teh tarik seeloknya diminum menggunakan cawan kerana wap yang keluar daripada plastik pembungkus yang bercampur dengan teh boleh menyebabkan tindak balas kimia.

“Kari panas dibungkus menggunakan bahan plastik juga amalan tidak baik dan kesannya sama seperti teh tarik bungkus,” katanya.

Mohamed Siraj berkata, semua barangan plastik diterima oleh pusat kitar semula. Sehubungan itu, kesedaran terhadap bahaya penggunaan bekas plastik secara berulang akan mengalihkan perhatian pengguna untuk mengitar semula barangan terbabit dalam menjaga alam sekitar.
Logged



http://pdkmutiaralabuan.blogspot.com/

Murahkanlah SENYUMAN - Sebarkanlah SALAM
longjack
Sr. Member
****
Offline Offline

Posts: 278



View Profile WWW
« Reply #42 on: May 06, 2010, 12:16:25 PM »

Senarai susu yang selamat diminum ( Bebas Melamin )

Kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

Mead Johnson
(Milk ingredient sourced from Australia, New Zealand,
United States and
Europe)
Enfalac A+
Enfalac Routine Infant Formula
Enfapro A+
Enfapro Routine Follow Up Formula
Enfagrow A+ Vanilla
Enfagrow A+ Original
Enfagrow A+ Honey
Enfakid A+ Original
Enfakid A+ Honey
Sustagen Junior Honey
Sustagen Junior Vanilla

Sustagen Junior Chocolate
Sustagen Kid Honey
Sustagen Kid Vanilla
Sustagen Kid Chocolate
Sustagen School Honey
Sustagen School Vanilla
Sustagen School Chocolate
Enfamama A+ Chocolate
Enfamama A+ Vanilla
Enfalac A+ AR
Enfalac A+ HA
Prosobee

Enfalac LF
Enfalac A+ Premature Powder

Dumex
(Milk ingredient sourced from Australia and New Zealand)
Mamex Gold Step 1
Dulac Infant Formula
Bebelac Step 1
Mamex Gold Step 2
Dupro Follow Up Formula
Bebelac Step 2
Mamil Gold Step 3

Mamil Gold Step 4
Dugro 1 Plus
Dugro 3 Plus
Dugro 6 Plus
Bebelac Kid Step 3
Bebelac Kid Step 4
Bebelac FL
Bebelac EC
Mamex LF
Nutrakids Cereals
Mamil Mama

Nestle
(Milk ingredient sourced from Australia, New Zealand, United States and
Europe)
Nestle Yogurt Drinks
Nestle Bliss Zero Fat Yogurt Drink
Nestle Premium Fruit Yogurt
Nestle Natural Yogurt
Yoco range
Nespray Instant
Everyday Instant filled milk powder
Nestle Omega Acticol
Nespray Cergas
Nesvita
High Cal Non Fat
Nespray 1+ Original
Nespray 1+ Honey
Nespray 3+ Original
Nespray 3+ Honey
Nespray 5+
Neslac 1+ Original
Neslac 1+ Honey
Neslac 3+ Original
Neslac 3+ Honey
Milo range of products
Kit Kat range of products
Nestle Potong
red bean
Nestle Milky Bar and Crunch
Mat Kool range of products
Nestle Tropicana Lime/Vanilla
Nestle Crunch
Nestle Original Lime/Vanilla
Sundae cup KFC Vanilla
Nestle Sundae Cup Vanilla
KFC dessert orange sherbet
Nestle range of ice cream
Favorita range of products
Nestle Drumstick range of products
Maggi fixes and Maggi
soup containing milk
Nestle Full Cream Milk, Low Fat Milk
Omega UHT
Nesvita UHT
Nesquik UHT
Nespray UHT
Nesvita Hi Cal UHT
Nescafe 3 in 1
Nescafe Mocha Freeze
Nestle Prebio 1 (infant cereals with milk)
Nestle Teh Tarik
Nescafe Body Partners
Nestum Sarapan Berkhasiat

Nestum Cereals 3 in 1
Nesvita 3 in 1
Nestle Cereals (premium infant cereals)
Nescafe range of can drink products
Cap Junjung sweetened beverage creamer
Ideal Full Cream Evaporated Milk
Carnation Evaporated Creamer

Fonterra Brands
(Milk ingredient sourced New Zealand)
Anlene Gold Milk Powder
Anlene Regular milk powder
(plain/chocolate)
Fernleaf Kuat milk powder
Fernleaf Instant milk powder
Anmum Materna milk powder
Anmum Lacta milk powder
Anlene Concentrate UHT
Anlene Yogurt
Fernleaf Calciyum yogurt
Fernleaf full cream milk powder
Fernleaf growing up milk powder 1+
Fernleaf growing up milk powder 3+
Anmum growing up milk powder 1+
Anmum growing up milk powder 3+

Anmum Infacare infant formula
Anmum Infacare follow on formula
Chesdale slice cheese
Anchor butter
Anchor cream cheese
Anchor mozzarella cheese
Anchor Colby Cheddar blend shred
Anchor processed cheddar cheese
Anchor whipping cream (UHT)
Anchor culinary cream (UHT)
Anchor full cream milk powder

Kilang Makanan Mamee
(Milk ingredient sourced from Australia)
Nutrigen Cultured Milk
Nutrigen IQ3 Cultured Milk
Nutrigen Liteyo Yogurt Drink
Nutrigen Liteyo Stirred Yogurt

Dutch Lady
(Milk ingredient sourced from Australia, Thailand, Indonesia and
Netherlands)
Frisolac 1 Gold
Frisolac 2 Gold

Dutch Lady UHT
Frisolac Comfort
Completa Brand
Yes! Tutti Fruiti
Yes! Grape
Yes! Strawberry
Yes! Orange
Dutch Lady 2

Ace Canning Corporation
(Milk ingredient sourced from New Zealand)
Drinho Rose Bandung

Dutch Mill
Nugrow

Maestro Swiss Food Sdn Bhd
(Milk ingredient not sourced from China)
Vico
Vochelle
Darry’s

Wyeth Malaysia
(Milk ingredient not sourced from China)
SMA

S26
S26 Gold
Nursoy
Promil
Promil Gold
Progress
Progress Gold
Promise
Promise Gold
Wyeth Mama
Enercal Plus
S26 LBW

S26 HMF

Malaysia Milk Sdn Bhd / Cotra Enterprise Sdn Bhd
(Milk ingredient sourced from Australia and New Zealand)
Vitagen cultured milk drink
Marigold HL Milk
Marigold Pasturised Milk
Marigold UHT Milk
Marigold Cream yogurt
Marigold Yogurt drink
Marigold sweetened condensed filled milk
Marigold sweetened creamer (from Singapore)
Vitagen Collagen cultured milk drink

Marigold sweetened creamer
Marigold evaporated filled milk
Marigold evaporated creamer

GlaxoSmithKline
(Milk ingredient sourced from UK, Ireland, Australia and New Zealand)
Horlicks Malt Food Drink
Horlicks Malties
Horlicks 3 in 1
Horlicks Instant cereal drink

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/9/23/nation/20080923192631
&sec=nation
Logged



http://pdkmutiaralabuan.blogspot.com/

Murahkanlah SENYUMAN - Sebarkanlah SALAM
longjack
Sr. Member
****
Offline Offline

Posts: 278



View Profile WWW
« Reply #43 on: May 06, 2010, 12:40:15 PM »

KESAN SAMPINGAN UBAT - UBATAN

Memang tidak boleh dinafikan bahawa ubat - ubatan untuk merawat berbagai - bagai jenis penyakit yang dihidapi oleh manusia telah mengubah corak penyakit - penyakit yang membawa maut kepada manusia. Dengan adanya berbagai - bagai jenis antibiotik penyakit - penyakit yang sering membawa maut kepada manusia pada suatu masa dahulu seperti penyakit batuk kering , demam kepialu ( typhoid ) , lembab paru - paru ( pneumonia ) telah dapat dikawal. Hari demi hari jenis ubat - ubatan yang baru yang lebih berkesan untuk membunuh kuman - kuman bakteria , kuman parasit dan sebagainya telah berjaya dikeluarkan untuk kegunaan para doktor. Sekarang jenis ubat - ubatan hampir tidak boleh dikira banyaknya.

Pesakit - pesakit yang berjumpa doktor mengharapkan doktor akan memberi mereka ubat - ubatan untuk menyembuhkan penyakit yang dihidapi. Tetapi ramai diantara mereka tidak memahami atau sedar bahawa ubat - ubatan boleh memberi kesan sampingan yang tidak diingini. Terdapat ubat - ubatan yang jarang - jarang sekali memberi kesan sampingan yang tidak diingini tetapi ada juga ubat - ubatan yang sering membawa kesan ini dan tiada biasa digunakan oleh para doktor kecuali jika difikirkan amat perlu untuk menyelamatkan nyawa pesakit itu.

 Seorang doktor yang merawat pesakitnya sudah tentulah terpaksa menimbangkan apa yang dipanggil risk benefit ratio untuk mengunakan sesuatu jenis ubat - ubatan itu. Dia terpaksalah mencari ubat - ubatan yang paling rendah risiko kesan sampingan yang tidak diingini dan sebaliknya memberikan manfaat yang lebih kepada pesakit itu.

Kesan sampingan sesuatu ubat - ubatan yang digunakan itu mungkin sukar dikenali kerana ia boleh menyerupai berbagai - bagai jenis penyakit seperti penyakit yang disebabkan oleh kuman virus , penyakit alahan dan sebagainya. Umpamanya seorang pesakit yang dapat penyakit demam seleselma dirawat dengan ubat seperti panadol , antihistamine seperti phenergen atau kadangkala dengan sejenis antibiotik. Selepas satu hari memakan ubat - ubatan itu timbullah merah - merahan di kulit badan pesakit. Sama ada disebabkan oleh penyakit yang dirawat atau disebabkan oleh satu daripada ubat - ubatan yang digunakan akan menjadi tanda tanya yang mungkin sukar dijawab. Kadangkala ibu memikirkan yang anaknya telah menghidap penyakit campak walhal bintik merah - merah di tubuh badan anaknya itu kebetulan adalah disebabkan oleh ubat - ubatan yang digunakan.

Aspirin merupakan ubat yang sungguh berkesan untuk menurunkan demam seseorang pesakit. Tetapi ia boleh menyebabkan sakit perut akibat ' gastritis ' sehingga boleh membawa kepada pendarahan  di dalam perut. Jika ini berlaku najis pesakit itu kelihatan hitam akibat darah yang telah bercampur dengan asid di dalam perut dan pesakit boleh memuntahkan kandungan perutnya yang kelihatan seperti kopi. Ada terdapat juga orang yang alah kepada aspirin. Setiap kali dia memakan ubat itu akan timbul kegatalan pada kulitnya. Kanak - kanak yang lelah boleh timbul lelahnya apabila dia diberi aspirin ; para doktor tidak gemar memberi aspirin untuk merawat kanak - kanak kecil yang demam kerana ada pendapat yang mengatakan bahawa pengunaan aspirin ada kaitan dengan kejadian Sindrom Reye's yang melibatkan hati (liver) dan urat saraf kanak - kanak ini dan membawa kepada kegagalan sistem hati (liver failure) serta gangguan fungsi urat saraf. Aspirin juga digunakan untuk merawat penyakit seperti Rheumatoid Arthritis. Jika ubat ini dimakan dengan terlalu lebih boleh membawa kepada keadaan bingit di telinga (tinnitus) , perasaan huyang - hayang (vertigo) dan muntah - muntah. Seseorang kanak - kanak yang menghidap lelah banyak mendapati yang keadaannya boleh dikurangkan dengan memakan ventolin. Tetapi adakalanya ubat ini boleh menyebabkan kanak - kanak itu ketar tangannya dan ini mungkin mengeluh jantungnya berdebar - debar.Ubat - ubat yang mengandungi aminophylin seperti Neulin boleh menyebabkan berbagai -bagai gejala seperti ketar , perasaan huyung - hayang , sakit kepala dan sakit perut. seorang pesakit yang biasa saya rawat telah menelefon saya mengatakan yang anaknya tidak lagi lelah selepas memakan ubat ini tetapi mengeluh sakit perut. Apabila dia menghentikan memakan ubat Neulin sakit perutnya lega.

Ubat yang mengandungi bahan besi (iron tablets ) boleh menyebabkan sakit perut , membuatkan najis bewarna hitam. Ferrous sulphate biasa menyebabkan keadaan ini dan didapati Ferrous Fumarate lebih sesuai bagi kita kebanyakan mereka yang memerlukan bahan besi sebagai bahan rawatan anaemia .

Ada terdapat kanak - kanak yang menghidap penyakit sawan dengan kerapnya semasa diberi ubat disebut anti-convulsant. Terdapat pula berbagai - bagai jenis anti - convulsant seperti phenobarbitone , epilim ( sodium valproate ) , tegretol ( carbamazepine ) , mogadon ( nitrazepan ) dan sebagainya. Semua ubat - ubatan ini boleh memberi kesan sampingan dan pesakit - pesakit perlulah diawasi oleh doktor - doktor semasa mereka menerima rawatan ini . Kalau timbul kesan - kesan sampingan perlulah dilaporkan supaya dapat dinilai sama ada gejala - gejala itu disebabkan oleh ubat - ubatan yang berkenaan ; jika difikirkan ada perkaitan di antara gejala - gejala itu dengan ubat - ubatan yang telah diberi ubat - ubatan yang lain yang lebih sesuai boleh disarankan. Umpamanya seseorang kanak - kanak yang diberi ubat phenobarbitone kerana sawan boleh didapati selalu mengantuk dan mungkin menjejaskan pembelajarannya di sekolah ;sebaliknya ada pula kanak - kanak yang didapati sangat resah dan tidak boleh diam (hyperactive ). Jika ini berlaku doktor akan menilaikan sama ada perasaan mengantuk itu disebabkan oleh terlalu banyak phenobarbitone yang dimakan supaya dapat dikurangkan. Jika kanak - kanak itu didapati sangat resah disebabkan phenobarbitone ubat - ubatan yang lebih sesuai akan digunakan. Ubat ini didapati sesuai bagi kanak - kanak yang sawan yang memerlukan ubat seperti epilim ( Sodium Valproate ) tetapi adalaporan berlakunya gangguan kepada sistem hati atau liver hingga membawa maut kepada beberapa orang kanak - kanak yang mengunakan ubat ini. Tetapi saya tegaskan disini bahawa ubat seperti epilim ini adalah sangat berkesan dan kesan - kesan sampingan seperti ini jarang - jarang sekali berlaku tetapi adalah penting bagi seseorang doktor yang mengunakan ubat ini selalu mengawasi yang si pesakit tidak menunjukkan tanda - tanda gangguan sistem hati. Biasanya keadaan ini berlaku ke atas sekumpulan kecil kanak - kanak sahaja. Adalah difikirkan keadaan ini berkaitan dengan konstitusi kanak - kanak itu sendiri dan tidak ada kena mengena dengan terlampau banyak ubat digunakan.

Ubat steroid memang selalu dikenali sebagai ubat yang mempunyai potensi memberi kesan sampingan yang merbahaya terutamanya jika digunakan dengan berlebihan. Steroid adalah ubat yang sangat berguna dalam merawat berbagai - bagai penyakit tetapi jika terlalu banyak digunakan boleh menyebabkan seseorang kanak - kanak itu menjadi bulat (moon face) , mengubah corak bahu (buffalo hump) dan jika digunakan dengan lama ubat ini akan menjejaskan tumbesarannya. Ada banyak lagi kesan - kesan sampingan seperti penggunanya lebih mudah diserang penyakit dan glukos boleh dikesan pada kencingnya seperti orang yang menghidap penyakit kencing manis. kadangkala selepas ubat ini diberhentikan kanak - kanak itu mendapat sakit kepala sehingga merunsingkan para doktor kerana mereka tidak pasti sakit kepala itu disebabkan oleh tumbuhan otak. Keadaan ini telah dikenali sebagai ' Benign intracranial hypertension ' dan akan reda dengan sendirnya tampa apa - apa rawatan.

Satu jenis antibiotik yang biasa digunakan bagi rawatan orang dewasa yang menghidap jangkitan bakteria ialah ' tetracycline '. Ubat ini tidak sesuai digunakan oleh kanak - kanak kerana boleh membawa kepada kekuningan gigi yang tidak boleh hilang. Sewajarnyalah ubat ini tidak boleh digunakan untuk kanak - kanak.

Vitamin memang selalu diberikan kepada kanak - kanak dan biasanya bancuhan yang disediakan itu mengandungi bahan - bahan vitamin yang tidak membawa kesan sampingan kepada kanak - kanak. Tetapi jika vitamin seperti vitamin D digunakan dengan berlebihan kanak - kanak itu boleh merasa kehausan , kencing dengan banyaknya akibat ketinggian tahap kalsium di dalam darah. Jika keadaan ini berterusan dengan lamanya ia boleh membawa batu karang dalam buah pinggang ( nephrocalcinosis ). Vitamin A jika dimakan dengan terlalu banyak boleh membawa kepada sakit perut , kulit yang kering , sakit tulang - tulang, sakit kepala dan sakit otot - otot.

Kesimpulan

Hampir semua ubat - ubatan mempunyai potensi memberi kesan sampingan kepada seseorang pesakit. Kadangkala kesan sampingan itu tidak disedari kerana tanda - tandanya hampir sama seperti penyakit - penyakit seperti jangkitan - jangkitan , penyakit alahan , penyakit metabolik dan sebagainya. Ada ubat - ubatan yang membawa kepada penyakit kulit , penyakit mata , penyakit hati (liver) , buah pinggang , penyakit sistem digestif dan membawa kesan urat - saraf. Kesan sampingan ini boleh disebabkan oleh terlalu banyak makan ubat , kurang ketahanan kepadanya (intolerance) , Idiosinkrasi atau alahan. Penting juga ditekankan bahawa seseorang wanita yang sedang mengandung bukan hanya terdedah kepada kesan - kesan sampingan sesuatu ubat yang dimakannya tetapi janin yang dikandunginya juga mungkin terdedah terutamanya jika ubat itu dimakan pada trimester yang pertama di mana proses pembentukan organ - organ sedang pesat barjalan. Oleh itu wanita yang mengandung mestilah berhati - hati supaya mendapatkan nasihat doktor supaya ubat yang boleh menjejaskan pertumbuhan janin boleh diketapikan.

Penicillin adalah sejenis antibiotik yang sangat mujarab dan telah banyak menyelamatkan nyawa manusia dari penyakit - penyakit berjangkit . Tetapi jarang - jarang kali terdapat individu yang alah (allergic) kepada suntikkan penicillin hingga membawa maut. Doktor lazimnya akan menyoal pesakit sama ada dia pernah mengalami alahan atau penyakit - penyakit alahan seperti lelah. Satu suntikan ujian (test dose) akan diberi sebelum pesakit disuntik dengan dos penicillin sepenuhnya.
Logged



http://pdkmutiaralabuan.blogspot.com/

Murahkanlah SENYUMAN - Sebarkanlah SALAM
Pages: 1 2 [3]
  Print  
 
Jump to:  

Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.7 | SMF © 2006-2008, Simple Machines LLC Valid XHTML 1.0! Valid CSS!
Page created in 0.754 seconds with 22 queries.