
mbah
skrg ni dok heboh pasal H1N1 tetapi penyakit yg mbah sebutkan ni lebih parah lagi, nama virusnya dekat dekat sama juga P1H1+D1, punya power penyakit ni
semalam saya dah jawab agak panjang gak, tapi bila nak tekan butang POST saje, terus server PDKNet ni hang. Saya pun feduplah nak taip semula. Penyakit
ni memang tak ada obatnya,sebab datuk moyang kita yang pertama dulu pun terkena juga sampai kena kuarantin kat dunia yang fana's ni. Kalai H4N1 dari asal dari burung, H1N1 dari babi, P1H1+D1 ni asalnya dari bapa syaitan, coba bayangkan dia punya power ! orang yg kena penyakit ni dia punya badan tak nampak sangat sakitnya tapi hati dia yang akan rosak teruk, bukan setakat hati saja yang rosak dia punya otak pun dah tak boleh berfikir dengan betul, orang yg kena penyakit ni tak reti nak bezakan yg betul atau salah, lebih parah lagi ada yg fikirannya terbalik, yg betul dia nampak salah, yg salah dia nampak betul. Dia jadi susah hati bila lihat orang senang, mulal ah dia cari jalan nak nayakan orang yg dia dengki tu. Fitnah dan adu domba, adalah senjata dia yg ampuh. Orang yg kena penyakit ni ada yg pada Tuhan pun dia tak puas hati, "bapak syaitanlah katakan".
Setakat ni tak ada vaksin atau antibiotik yang boleh membunuh virus ini. Cuma dia boleh di cegah dengan "KEBERSIHAN". Oleh kerana tempat hinggapnya di hati, maka kebersihan hati perlulah di utamakan. Cara nak bersihkan hati kena lah belajar dengan guru yg arif, 'Bukan guru yahya, ayah pin atau yg sebagsa dengan nya". Apa yg boleh dilakukan untuk masa ini ialah menjaga amalan asas, seperti solat,puasa,zakat, tilawah(baca quran), zikir dan banyakkan amalan amaln sunat seperti sedekah dan amal jariah, cobalah sedekah tiap tiap hari walaupun sekadar seringgit.
Sebenarnya bab ni ceritanya sangat panjang, tapi buat masa ni cobalah amalkan seperti yg disebutkan tadi, insyaAllah rasalah sendiri perbezaannya.
jj